tempat menarik di pahang

20 Tempat Menarik Di Pahang Yang Best – Wow Syok Gila!

1. Menara Kuantan 188

Menara Kuantan 188

Menara Kuantan 188 adalah menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Ianya terletak di tengah bandar Kuantan berhampiran Sungai Kuantan.

Siap dibina pada September 2020, Menara Kuantan 188 menjadi tarikan pengunjung di Kuantan dengan ketinggian 92 meter dari atas tanah. Pengunjung boleh menikmati 360 darjah bandar Kuantan dengan jelas.

Jika anda mencari tempat menarik di Pahang, pastikan anda tidak ketinggalan untuk berkunjung ke Menara Kuantan 188 ini. Anda yang suka kepada aktiviti lasak juga berpeluang untuk mendaki tiang pada ketinggian 160 meter di puncak keluli setinggi 66 meter.

2. Cameron Highland

Cameron Highland. Credit photo: © rizal zawawi / Shutterstock

Cameron Highland adalah salah satu tempat menarik di Pahang. Jika di bahagian utara, ia terletak di sempadan Kelantan dan jika di bahagian barat di berkongsi sempadan dengan Perak.

Bagi mereka yang cintakan flora dan buah-buahan, mencari tempat istimewa untuk berhoney moon, Cameron Highland pasti menjadi pilihan anda untuk dilawati.

Pemandangan ladang teh, pokok strawberi, dan buah-buahan lain yang hijau pasti memukau pandangan anda. Udara yang sungguh nyaman pasti memberi ketenangan kepada setiap pengunjung.

Namun awas, jika anda berkunjung di waktu cuti, persekitaraan agak padat kerana terlalu ramai pengunjung yang datang memenuhi setiap ruang. Jadi CV sarankan, datanglah pada hari biasa untuk mendapatkan kepuasan maksima.

3. Genting Highland

Credit: Inside Asian Gaming

Tempat menarik di Pahang yang seterusnya ialah Genting Highland. Genting Highland yang terletak di Bukit Ulu Kali, Bentong, Pahang. Ianya berada di atas bukit dengan ketinggian hampir 1800 meter.

Untuk sampai ke puncak, anda boleh menaiki kenderaan melalui lebuhraya Karak hingga ke Genting Sempah. Pemanduan lebih kurang 30 minit dari kaki bukit Genting Sempah hingga ke puncak Genting Highland.

Antara tempat menarik di Genting Highland ialah Taman Tema Genting. Ada satu lagi kasino, tapi untuk orang Islam tak baguslah ke sana. Datang Genting ni sebab tempatnya sejuk dan boleh bagi anak-anak mandi di Taman Tema.

Seronok juga di sini kerana suasana sejuk dan nyaman. Tidur tak perlu pakai aircond kerana cuaca sangat sejuk. Pasti seronok anak-anak dapat datang ke sini.

4. Pulau Tioman

Credit: Roamingman

Jika anda sukakan pantai dan laut, Pulau Tioman adalah jawapannya! Inilah tempat menarik di Pahang yang seterusnya.

Pulau Tioman terletak di Rompin. Ianya bersempadan dengan negeri Johor.

Pulau Tioman sangat istimewa kerana anda boleh lihat dasar lautan dari atas laut. Air lautnya sangat jernih hingga boleh nampak hidupan di dalam air.

Pastinya anda akan teruja jika anda cintakan ikan dan hidupan air.

Aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini ialah scuba diving dan snorkeling. Pasti seronok bukan lihat hidupan di depan mata? Satu pengalaman yang sangat mengasyikkan bagi pencinta hidupan air.

5. Bukit Gambang Resort

Selain tu, tempat menarik di Pahang lain yang boleh anda kunjungi ialah Bukit Gambang Resort. Ia terletak di Gambang, Kuantan. Kedudukannya berhampiran dengan exit Gambang di Lebuhraya Pantai Timur.

Di Gambang Resort, ada dua aktiviti menarik iaitu Bukit Gambang Waterpark dan Bukit Gambang Safari. Kedua-duanya sangat menarik!

Jika anda ingin mandi boleh ke Bukit Gambang Waterpark, dan selepas itu melihat haiwan-haiwan di Bukit Gambang Safari.

Anak-anak pasti sangat seronok jika pergi ke sana. Dua-dua tempat adalah kepuasan bagi anak-anak.

6. Janda Baik

Credit: Mcc Outdoor

Janda Baik, sebuah kampung yang sangat unik. Suasana yang aman dan damai pasti memukau setiap pengunjung yang hadir.

Janda Baik terletak di Bentong, Pahang. Laluan masuk ke Janda Baik adalah melalui Lebuhraya Karak dan Kg Bukit Tinggi.

Apa yang menarik di Janda Baik? Janda Baik adalah satu tempat yang dipenuhi dengan chalet-chalet cantik di tepi sungi yang bersih dan jernih. Salah satu tempat tumpuan di Janda Baik adalah Pulau Santap.

Jika anda sukakan suasana kampung, Janda Baik adalah tempatnya. Air sungainya yang sangat bersih dan jernih pasti memberi ketenangan buat anda. Hilangkan kesibukan seketika dengan berehat di Janda Baik.

Janda Baik memang patut jadi tempat menarik di Pahang. Anda boleh mengetahui lebih banyak tempat menarik di Janda Baik di sini.

7. Kubang Gajah Waterpark

Kubang Gajah Waterpark

Kubang Gajah Waterpark adalah taman tema air yang terletak di Temerloh, Pahang. Kalau anda nak dengar loghat pekat negeri Pahang, datanglah ke Temerloh!

Kubang Gajah Waterpark adalah tempat untuk anak anda bersuka-ria. Terdapat pelbagai permainan dalam air yang disediakan untuk anak-anak bermain.

Harganya sangat murah berbanding di tempat lain. Satu tiket tidak sampai RM 10. Sangat murah bukan? Anak-anak gembira, poket pun jimat. Tak gitu? Pasti ibubapa juga bergembira luangkan masa bersama anak-anak di sini.

8. Hutan Lipur Lentang

Hutan Lipur Lentang

Satu lagi tempat menarik di Pahang adalah Hutan Lipur Lentang. Ianya terletak di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Jika anda selalu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur, pasti akan melalui Hutan Lipur Lentang.

Hutan Lipur Lentang adalah tempat yang sangat syok untuk bermandi-manda. Airnya sangat jernih dan sejuk. Jika nak berkelah bakar ikan tepi sungai juga sangat seronok.

Di bahagian atas Hutan Lipur Lentang juga terdapat air terjun yang cantik. Tapi awas, kawasannya sungai perlu berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika musim tengkujuh. Air boleh menjadi deras secara tiba-tiba.

9. Air Terjun Sungai Pandan

Air Terjun Sungai Pandan

Selain itu, terdapat satu lagi tempat menarik di Pahang iaitu Air Terjun Sungai Pandan. Ianya terletak di Kuantan, Pahang. Jalan untuk masuk Air Terjun Sungai Pandan adalah berhampiran dengan Kem Tentera Batu 11.

Apa yang menarik di Air Terjun Sungai Pandan adalah air terjunnya yang sangat cantik. Para pengunjung boleh mandi di bawah air terjun kerana airnya cetek.

Namun perlu berhati-hati juga kerana adakala bahagian yang cetek boleh menjadi dalam. Mungkin kerana mendapan tanah di dasar sungai.

Ada juga bahagian-bahagian lain yang lebih selamat telah disediakan secara bertingkat untuk pengunjung. Anda boleh memilih tingkat yang anda suka.

10. Pantai Cherating – tempat menarik di Pahang

Credit: Mai Singgah

Seterusnya tempat menarik di Pahang ialah kita akan pergi Pantai Cherating. Mandi pantai pula!

Pantai Cherating terletak di sempadan Terengganu dan Kuantan melalui jalan pantai. Pantai Cherating sangat istimewa kerana airnya jernih dan bersih.

Ramai pengunjung dari dalam dan luar negara datang ke Pantai Cherating kerana keindahan pantainya. Jika anda sukakan laut, pastikan anda tidak terlepas untuk sampai ke Pantai Cherating.

11. Bukit Tinggi Resort

Credit: Happy Go KL

Ok lepas kita mandi-mandi pantai, kita berjalan-jalan pula di Bukit Tinggi Resort. Bukit Tinggi Resort terletak di kawasan Lebuhraya Karak. Ini adalah tempat menarik di Pahang yang seterusnya.

Perjalanan dari kaki bukit ke puncak Bukit Tinggi Resort mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Antara tempat menarik di Bukit Tinggi Resort ialah bangunan ala-ala Perancis iaitu Colmar Tropicale. Jika anda nak merasa bagaimana suasana di Perancis, datanglah ke sini.

Selain itu, ada juga ladang kuda dan ladang arnab di Bukit Tinggi Resort untuk anda singgah menggembirakan anak-anak. Anda juga berpeluang untuk memberi makan arnab dengan kadar bayaran yang ditetapkan.

Anda juga boleh mengetahui lebih banyak tempat menarik di bukit tinggi di sini.

12. Pantai Telok Cempedak

Pantai Telok Cempedak

Seterusnya kita ke Pantai Telok Cempedak. Pantai Telok Cempedak terletak berhampiran bandar Kuantan. Perjalanan lebih kurang 10 minit dari Bandar Kuantan.

Pantai Telok Cempedak best sebab di situ pusat tumpuan. Banyak kedai-kedai kecil terdapat di situ. Ada juga restoran-restoran fast food yang menjadi pilihan.

Di Pantai Telok Cempedak bukan sahaja seronok bermandi-manda, tetapi jika anda bernasib baik, terdapat pelbagai pertunjukkan secara percuma seperti pertunjukkan api, badut, patung, dan sebagainya.

Anda juga boleh berjalan di tepi pantai dengan menggunakan titi yang disediakan di persisiran Pantai Telok Cempedak. Patutlah ia menjadi tempat menarik di Pahang.

13. Pusat Rekreasi Air Balok

Pantai Balok

Banyak lagi tempat menarik di Pahang. Sekarang kita pergi pula ke Pusat Rekreasi Air Balok. Salah satu tempat yang sangat menarik di Pahang. Jika anda inginkan pantai yang tenang, Pantai Balok adalah tempatnya.

Pusat Rekreasi Air Balok salah satu pantai yang bersih. Anda boleh mandi-manda bersama anak-anak dengan selamat di sini.

Pusat Rekreasi Air Balok juga menyediakan khemah dengan bayaran sewa yang ditetapkan. Anda boleh berehat-rehat di dalam khemah sambil menunggu anak-anak bermandi-manda.

14. Pantai Sepat

Tempat menarik di Pahang yang seterusnya ialah kawasan pantai. Kita pergi pula ke Pantai Sepat. Ia terletak di kawasan Tanjung Lumpur iaitu di Kg Kempadang. Jika dari bandar Kuantan akan mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Apa yang menarik di Pantai Sepat? Selain ada pantai yang cantik dan bersih, Pantai Sepat dipenuhi dengan gerai-gerai yang pelbagai.

Pada hari tertentu, anda berpeluang untuk menaiki kuda yang disediakan. Sambil beristirehat sambil bersuka-ria dengan anak-anak.

15. Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam

Seterusnya kita ke Pantai Batu Hitam. Ia terletak kawasan Beserah, Kuantan.

Pantai Batu Hitam juga pantai yang bersih dan cantik. Di tepi-tepi pantai ada disediakan tempat duduk untuk berehat-rehat.

Terdapat juga gerai keropok lekor di tepi pantai. Bagi penggemar keropok lekor, wajib datang ke Pantai Batu Hitam ini.

16. Mini Zoo Park Teruntum

Mini Zoo Teruntum

Dah puas mandi kita ke Mini Zoo pula. Mini Zoo Park terletak berhampiran Bandar Kuantan. Berdekatan dengan Pantai Telok Cempedak. Inilah tempat menarik di Pahang yang seterusnya.

Apa yang ada di Mini Zoo? Anda boleh lihat beberapa haiwan yang jarang ditemui seperti buaya, rusa, burung unta, dan macam-macam lagi.

Walaupun tidak terlalu banyak haiwan, namun ianya sudah memadai untuk menggembirakan anak-anak yang datang.

17. Air Terjun Chamang

Air Terjun Chamang

Sekarang kita nak ke Bentong pula iaitu ke Air Terjun Chamang. Air Terjun Chamang terletak berhampiran dengan Bandar Bentong. Perjalanan dari Bandar Bentong ke Air Terjun Chamang lebih kurang 30 minit.

Air Terjun Chamang adalah satu tempat tumpuan untuk bermandi-manda kerana airnya yang sangat jernih dan bersih. Di bahagian atas, anda boleh melihat air terjun yang besar dan boleh mandi di bawah air terjun tersebut.

Namun, kawasan ini agak bahaya. Anda perlu berhati-hati kerana terdapat kawasan yang agak dalam dan perlukan kecekapan berenang untuk mandi.

Jika bawa anak-anak, anda perlu memilih tempat yang selamat dan cetek sahaja.

18. Gunung Senyum

Credit: Trip Advisor

Seterusnya ialah Gunung Senyum. Kawasan gunung juga boleh menjadi tempat menarik di Pahang kerana sesetengah peminat suka untuk mendaki gunung.

Gunung Senyum terletak di Jengka, Pahang. Ia salah satu tempat menarik di Jengka. Apa yang unik di Gunung Senyum ini ialah dengan bilangan gua di sana. Terdapat 25 gua dengan pelbagai nama dan bentuk.

Jika anda seorang yang suka melihat flora, Gunung Senyum adalah tempatnya. Pastikan anda membawa kelengkapan yang cukup untuk ke sana kerana kemudahan di sana adalah terhad.

19. Bukit Fraser

Credit: Mai Singgah

Seterusnya tempat menarik di Pahang kita ke Bukit Fraser. Wah nama macam orang putih. Bukit Fraser terletak di Raub, Pahang. Kawasan ke Bukit Fraser agak sunyi dan jauh ke dalam.

Di Bukit Fraser, suasananya agak sejuk dan nyaman. Di sana terdapat hotel dan homestay yang boleh diduduki. Terdapat juga ladang kuda untuk dilawati.

Yang menarik di Bukit Fraser adalah seni binaannya adalah style mat saleh. Anda boleh lihat seperti sebuah bandar lama inggeris.

Apa yang best di sini, anda boleh berehat-rehat dengan suasana yang nyaman dan sejuk. Menenangkan fikiran dengan menghidup udara segar di Bukit Fraser.

20. Santuari Gajah Kuala Gandah

tempat menarik di pahang
Credit: Pojiegraphy

Dan tempat menarik di Pahang yang terakhir ialah Santuari Gajah Kuala Gandah. Ianya terletak di Lanchang, Pahang.

Nama pun santuari gajah, sudah pastilah ada gajah bukan. Takkan harimau pula.

Di Santuari Gajah yang menariknya, anda boleh mengusap-usap gajah dengan tangan anda. Boleh memberi mereka makan. Boleh memandikan mereka.

Pendek kata memang sangat seronok boleh mendekati gajah secara depan-depan. Mula-mula memang takutlah, tetapi bila dah ramai-ramai jadi berani. Gajah pula manja dan tidak membahayakan.

Jadi jom bawa anak-anak untuk melihat gajah di Santuari Gajah Kuala Gandah!

Penutup – Tempat Menarik di Pahang

Begitulah 20 tempat menarik di Pahang. Sebenarnya banyak lagi tempat lain yang boleh dituliskan. 20 tempat ini sahaja pun sudah cukup banyak untuk anda pergi melawat satu-satu.

Jika ada masa, pergilah ke semua 20 tempat tersebut. Luangkan masa dengan anak-anak untuk menggembirakan mereka. Anak-anak adalah harta yang berharga, bila mereka gembira kita juga akan bergembira dan berbahagia!

Similar Posts

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *