Gunung Jerai Terkini

Keadaan Gunung Jerai Terkini | Wow Sangat!

Hari ni CV nak mengajak anda memanjat ke Gunung Jerai. Apakah keadaannya Gunung Jerai terkini? Dah ok ke jalan ke Gunung Jerai? Okay jom kita ke sana.

Gunung Jerai terletak di Yan, Kedah. Kalau dari Alor Setar, ambil masa dalam 2 jam juga perjalanan.

Ceritanya CV beraya di rumah sepupu di Gurun, Kedah. Lepas dah siap-siap nak balik tiba-tiba sepupu CV ajak untuk pergi ke Gunung Jerai.

Inilah padi ya Tuan Puan

Kalau dah sampai negeri Jelapang Padi, tak sah kalau tak meneroka sekitar Kedah ni kan. Salah satu tempat yang patut dilawati ialah Gunung Jerai. Sambil-sambil nak tengok bagaimana keadaan Gunung Jerai terkini.

Jalan ke Gunung Jerai

Kami bergerak dengan dua buah kereta. Mulanya kami plan nak pergi mengambil gambar dari kaki Gunung Jerai sahaja. Katanya tak boleh naik atas sebab jalan ditutup oleh sebab tanah runtuh.

Gunung Jerai Terkini
Laluan Masuk Gunung Jerai

Bila sampai je di sana kami tengok banyak kereta yang turun ke bawah. Kami pun cubalah naik juga ke atas. Rupa-rupanya jalan ke Gunung Jerai sudah dibuka.

Jalan di sini agak sempit. Jadi kena lebih berhati-hati. Kena selalu bunyikan hon supaya kenderaan di hadapan dapat isyarat.

Kami tengok ada van pembawa penumpang memang expert. Panduan agak laju tapi dari jauh lagi dah bunyi hon.

Di sini banyak jalan sudah dibaiki. Kesan runtuhan pun sudah tak kelihatan. Banyak jalan baru semasa kami naiki.

Alhamdulillah rezeki dapat naik ke Gunung Jerai. First time lah kiranya dapat ke sana.

Tempat menarik di Gunung Jerai

Kami sampai sana hampir nak maghrib. Agak kejar masa juga kami naik sebab takut gelap.

Kalau dah gelap nanti apa pun tak nampak. Tak dapat tengok view yang cantik.

Sampai je di atas CV nampak ada signboard Telaga Tok Sheikh, Masjid, Cafe, dan beberapa lagi tempat yang tak sempat di baca.

Kami tak sempat ke Telaga Tok Sheikh. Kami terus ke tempat view. Nak tengok lah kiranya view Kedah dari atas.

Tapi tak nampak pemandangan di bawah sangat sebab kabus sangat tebal. Dari atas hanya nampak kabus dan pokok-pokok sekeliling sahaja.

Gunung Jerai Terkini
Kabus tebal di atas Gunung Jerai

Katanya jika boleh nampak view dari atas ni akan kelihatan sawah yang luas, rumah-rumah, dan juga lautan serta pulau.

Pasti sangat cantik kan? Tapi kami dapat naik atas pun dah satu nikmat besar. Kami sangka juga dapat naik ke atas ni.

Suasana di Gunung Jerai Terkini

Kami ingat tak ramai yang naik. Bila sampai di atas ni rupanya ramai dah ada.

Ramai yang ambil peluang untuk bergambar. Tempatnya memang bersih dan terjaga.

Tempatnya terjaga macam di Bukit Tinggi Pahang. Ada pengurusan yang menjaga kecantikan di Gunung Jerai ini.

Suhu di sini juga agak sejuk. Boleh lah feel duduk oversea sikit. Cuma CV datang waktu maghrib. Kalau waktu pagi mungkin lagi sejuk.

Gunung Jerai Terkini
Cafe di Gunung Jerai

Di atas ni juga ada cafe untuk bersantai. Ada aroma kopi yang sedap untuk anda nikmati. Memang syok duduk tempat sejuk begini sambil menikmati secangkir kopi.

Terdapat juga beberapa resort dan chalet untuk disewa di sini. Rate untuk sewa adalah dalam anggaran Rm 250/malam.

Memandangkan kami ada lagi destinasi seterusnya untuk pergi, jadi kami terus turun untuk pulang.

Perjalanan pulang

Bila waktu dah nak gelap kami pun pulang. Sempatlah CV solat maghrib di Masjid Gunung Jerai.

Gunung Jerai Terkini
Masjid Gunung Jerai

Sempatlah beribadat di tempat yang mulia ni. Alhamdulillah.

Kami turun ke bawah ambil masa lebih kurang 30 minit juga. Tak boleh laju sangat kerana waktu sudah gelap.

Penutup

Begitulah sedikit sebanyak keadaan di Gunung Jerai terkini. Jika anda ada kelapangan waktu boleh lah jalan ke Gunung Jerai.

Tak susah pun, naik kereta sahaja.hehehe. Jika ada kemampuan, boleh lah mendaki pula hingga ke puncak Gunung Jerai.

Ambil masa untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa untuk kita menghayatinya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *