tempat makan best di Shah Alam

10 Tempat Makan Best Di Shah Alam | No #3 Memang Syok!

Ada mencari kedai makan Shah Alam? Jom CV bawa anda untuk jalan-jalan cari makan di Shah Alam. Kita nak cari makanan sedap di Shah Alam.

Wah dah duduk Shah Alam ni, dekat mana tempat makan best ya? Yes hari ini CV nak bawa anda pergi ke 10 tempat makan best di Shah Alam. Pastinya anda sudah tak sabar kan? Okay jom!

#1 Nasi Lan Kedah

Pertama sekali kita akan pergi ke Nasi Lan Kedah. Amboi dengar nama saja sudah tertelan air liur admin. Teringat-ingat dengan kelazatan makanan di Nasi Lan Kedah.

tempat makan best di Shah Alam
Nasi Lan Kedah

Nasi Lan Kedah ni terletak di Padang Jawa, Shah Alam. Ianya sangat hampir dengan JPJ Cawangan Shah Alam. Ianya terletak di Padang Jawa. Kalau nak tukar nama kereta boleh datang JPJ Padang Jawa ni, lepas siap semua keluar pintu belakang terus ke Nasi Lan Kedah. Ha gitu. Bijak kan? 🙂

Apa yang best dekat Nasi Lan Kedah ni? Yang best kat sini adalah nasi kandarnya (baca: nasi kandaq). Tambah pulak dengan lauk sotong kembang. Memang padu pergi dia.

Bagi CV ini adalah antara makanan sedap di Shah Alam. Kalau tengah cari idea nak makan kat mana, pasti Nasi Lan Kedah akan terlintas di kepala.

tempat makan best di Shah Alam
Nasi Lan Kedah Sotong Kembang

Kuah tu kalau boleh campurkan semua ikut sukatan pelayan restoran. Memang mengasyikkan. Kalau makan sini, Dato Awie lalu sebelah pun tak heran. Memang nikmat makanannya.

Jadi sesiapa nak cuba nasi kandaq yang heaven ni bolehlah singgah di Nasi Lan Kedah, Padang Jawa. Ini adalah tempat makan best di Shah Alam.

Alamat: 2730, Jln Serai Wangi G 16/G, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 013-240 5990
Map: https://g.page/nasilankedahshahalam?share

#2 Al Rawsha Restaurant

Pilihan tempat makan best di Shah Alam yang kedua kita nak pergi ialah ke Al Rawsha Restaurant. Nak rasa feel macam dekat istana Arab sikit. Masuk-masuk pintu depan dah rasa macam masuk istana. Cantik design restoran ni.

tempat makan best di Shah Alam
Al Rawsha Restaurant

Makanan yang special di Al Rawsha Restaurant ini ialah Mansaf Jordan Lamb. Bolehlah anda cuba jika anda adalah peminat kambing. Ada pelbagai jenis makanan Arab yang disediakan.

CV paling suka nasi mandy. Kalau makan nasi mandy boleh bertambah-tambah. Macam tak pernah makan setahun. Nikmat sungguh rasanya. Memang patut masuk list makanan sedap di Shah Alam.

Harga di sini sungguh berpatutan. Anda tak perlu risau. Ia sesuai dengan saiz hidangan yang disediakan. Jadi sesiapa yang suka nasi Arab bolehlah ke Al Rawsha Restaurant.

Alamat: 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 03-55243584
Map: https://g.page/ALRAWSHA-RSTAURANT?share

#3 Restoran Temerloh Catering

Pilihan ketiga CV untuk tempat makan best di Shah Alam ialah Restoran Temerloh Catering. Ori dari Pahang kata koi. (koi tu panggilan bagi saya).

tempat makan best di Shah Alam
Restoran Temerlong Catering

CV ni orang Pahang, so memang feveretlah makan ikan patin. Restoran Temerlong Catering ini memang port terbaik untuk ikan patin. Tak perlu susah-susah ke Pahang, boleh singgah saja di Seksyen 15 untuk menikmati ikan patin ori Pahang.

Rasa ikan patin di Restoran Temerloh Catering ini sangat sedap. Ianya original dari Temerloh. Waktu tengahari restoran ini memang penuh dengan orang. Kena bersabar sikit jika tak cukup meja ya. 😉

Ikan patin ini memang lah antara makanan sedap di Shah Alam. Kalau anda cari kedai makan Shah Alam, memang wajib datang sini. Walaupun resepi ori Pahang, tapi boleh lawan makanan lain di Shah Alam ni.

tempat makan best di Shah Alam
Restoran Temerlong Catering

Peminat ikan patin wajib datang ke Restoran Temerloh Catering ini. Harganya sangat berpatutan dan sangat berbaloi dengan rasa dan harga yang ditawarkan.

Sebab itulah Restoran Temerloh Catering ini termasuk dalam senarai tempat makan best di Shah Alam. Nak lagi puas hati terus ke tempat menarik di Pahang. Ha gituu 🙂

Alamat: 2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 010-260 9590
Map: https://g.page/temerlohcatering?share

#4 Restoran Bisik Bisik

Ok seterusnya kita nak menjamu selera Johor. Jom ke Restoran Bisik-Bisik. Pilihan tempat makan best di Shah Alam yang seterusnya.

tempat makan best di Shah Alam
Restoran Bisik Bisik

Restoran Bisik-Bisik ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Memang kawasan tumpuan lah Seksyen 7 ni. Mungkin sebab ada UiTM di sini.

Kalau nak rasa nikmat Nasi Briyani Kambing wajib datang Restoran Bisik-Bisik ni. Rasa dia memang original Batu Pahat.

Entah apa rahsianya, rasa memang ummpph! Kalau balik Batu Pahat pun belum tentu jumpa air tangan tukang masak yang sama.

tempat makan best di Shah Alam
Restoran Bisik Bisik

Selain Nasi Briyani Kambing, ada juga Nasi Ambeng, Kacang Pol, Tauhu Bakar, Mee Rebus, dan sebagainya. Anda patut masukkan dalam list makanan sedap di Shah Alam.

⏰ Waktu operasi : 11:30 pagi – 10: 00 mlm

Alamat: 7-10, Jalan Pegaga U12/G, Desa Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 017-731 7803
Map: https://g.page/seleraJohordiShahAlam?share

#5 Nasi Arab Restoran Aroma Hijrah

tempat makan best di Shah Alam
Nasi Arab Restoran Aroma Hijrah

Dah rasa masakan Johor, lepas ni kita nak terbang ke negeri Arab pulak. Tempat makan best di Shah Alam yang seterusnya ialah Nasi Arab Restoran Aroma Hijrah.

Sebenarnya CV memang peminat nasi Arab. Kalau boleh semua restoran nasi Arab nak try. Tapi orang rumah CV tak berapa gemar, jadi kena pergi tempat lain jugak! 😉

Dekat Restoran Aroma Hijrah ni masakan yang paling menggoda ialah Nasi Mandy Lamb Shank. Pehh memang padu pergi dia!

Kalau perut Melayu ni memang best makan kat sini sebab portion dia banyak dan harga yang berpatutan. Puas hati jika makan di sini.

Tapi yang tak bestnya, restoran ni selalu penuh! Jadi kalau nak makan di sini sebaik-baiknya buat tempahan meja terlebih dahulu. Barulah selesa datang dan terus boleh duduk. Tak perlu tunggu giliran lagi.

Boleh lah masuk dalam list kedai makan Shah Alam. Pasti sekeluarga akan berpuas hati 🙂

Alamat: 14, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
No telefon: 012-564 4838
Tempahan: https://wa.link/o2gcmm
Map: https://goo.gl/maps/NaStBiAXTUpwjQJN7

#6 Nasi Kukus Sotong Besar

Okay! Dah puas makan nasi arab, kita nak makan masakan melayu pulak. Jom kita ke Nasi Kukus Sotong Besar.

Dengar nama je dah terliuq kan? Yes kalau nampak sotong goreng sampai terkeluar pinggan tu, inilah dia. Rasa yang cukup maveles. Sangat sedap hingga menjilat jari.

Konsep yang digunakan di Nasi Kukus Sotong Besar ini adalah konsep robot. Air dihantar sendiri menggunakan tangan tetapi makanan dihantar menggunakan robot. Canggih gitu.

Harganya cukup berpatutan. Nak kata murah pun bolehlah. Memang berbaloi makan di sini. Selain sotong besar, ada juga talapia sisik goreng, ayam bakar herba, kambing bakar, bawal gesek, dan macam-macam lagi untuk dimakan bersama dengan nasi kukus.

Nak rasa boleh terjah alamat di bawah:

Alamat: 1, Jalan Kemuning Prima B33/B, Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor
No telefon: 03-5525 8062
Menu: http://nasikukussotongbesar.beepit.co
Tempahan: beepit.co
Map: https://goo.gl/maps/fKjTyFyyLepcfAPF8

#7 Chicken Rice Guys

Kalau nak rasa layanan hotel 5 bintang pada harga tepi jalan, boleh datang ke Chicken Rice Guys (CRG). Inilah tempat makan best di Shah Alam yang seterusnya. Ia terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Menu special di sini ialah nasi ayam. CV memang peminat nasi ayam. Jadi mana-mana pergi mesti nak rasa nasi ayam dia.

Rata-rata pengunjung di sini sangat berpuas hati dengan masakan di sini. Rasanya sedap dan berbaloi dengan harga yang sangat murah. Puas hatilah dapat makan di sini.

Selain nasi ayam, ada juga menu lain seperi mee kari, itik goreng, cheesecake, dan macam-macam lagi. Dia macam chinese style sikit. Pada bulan Ramadhan juga disediakan buffet untuk Ramadhan.

Boleh lawati Chicken Rice Guys di alamat berikut:

Alamat: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 013-333 1950
Tempahan: crgchickenriceguys.com
Map: https://goo.gl/maps/nFdYioFt8nUxZLzR8

#8 KEDAI NASI JJ KAK WOK

Dah rasa nasi ala chinese, lepas ni kita nak rasa pula masakan pantai timur. Set awok kite. Jom kita ke Kedai Nasi JJ Kak Wok. Pilihan tempat makan best di Shah Alam yang seterusnya.

tempat makan best di Shah Alam
KEDAI NASI JJ KAK WOK

Kedai Nasi JJ Kak Wok terletak di TTDI Jaya, Shah Alam. Antara kedai yang femes dan sedap untuk masakan Kelantan.

Menu special di sini ialah Nasi Kak Wok. Simple and delicious. Itulah kata-kata yang boleh diucapkan. Walaupun simple tetapi rasanya memang cukup serasi dengan tekak orang Melayu.

Cuma di Kedai Nasi JJ Kak Wok ini ruangnya agak sempit. Jadi elakkan datang pada waktu puncak tengahari kerana mungkin akan penuh dan tiada ruang untuk anda. Tetapi jika nak rasa juga boleh datang awal sedikit untuk keselesaan anda.

Kalau anda nak cari makanan sedap di Shah Alam, boleh lah datang ke Nasi JJ Kak Wok ini. Rasanya memang ori Kelate. Pasti demo tok nyesa.

Untuk anda yang nak rasa makanan sedap di Shah Alam boleh datang di alamat ini:

Alamat: 50, Jalan Opera J U2/J, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 012-685 7674
Map: https://goo.gl/maps/Gr26ov4VbEuXo44U8

#9 Warung Ambo

Tadi kita rasa nasi Kak Wok. Pahni kita nok pekena nasi kerabu pulok. Ha kan dah terkecek kelate. Kedai yang akan kita pergi ialah Warung Ambo!

tempat makan best di Shah Alam
Warung Ambo

Warung Ambo ini terletak di Laman Glenmarie, Shah Alam. Apa yang special di sini ialah nasi kerabunya.

Nasi kerabu Warung Ambo ini adalah antara nasi kerabu tersedap di Shah Alam. Jika anda mencari nasi kerabu ori bolehlah datang ke sini.

Bahan-bahan untuk nasi kerabu cukup lengkap sebagai nasi kerabu ori Kelate. Pastikan gaul semasa makan, barulah ore kelate sejati 🙂

Jika anda datang ke Shah Alam, pastikan anda tak terlepas untuk mencuba Warung Ambo ini. Ini adalah pilihan tempat makan best di Shah Alam.

Bagi yang tak sabar nak ke sana boleh datang ke:

Alamat: 38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 011-2107 2102
Tempahan: easyeats.io
Map: https://goo.gl/maps/ruS2jxy8VnJQ9tT36

#10 Restoran Foodsbury

Tempat terakhir sebagai tempat makan best di Shah Alam ialah Restoran Foodsbury. Menjadi pilihan CV termasuk dalam senarai ini.

tempat makan best di Shah Alam
Restoran Foodsbury

Apa yang best di Restoran Foodsbury? Menu-menunya adalah western sikit. Dah makan berat-berat, kita cari desert pulak.

Selain ada Chicken chop, Lamb Chop, dan sebagainya, Restoran Foodsbury juga menyediakan pemanis mulut seperti Caramel Crepe Care, Cheesecake, dan Blend Coffee. Boleh rasa barista bancuhkan kopi bunga-bunga untuk anda.

Restoran Foodsbury menjadi tempat relax-relax sesuai untuk anda yang ingin bersantai atau menghadiri temujanji. Jika anda sedang cari kedai makan Shah Alam memang sesuai sangatlah.

Silakan datang di alamat ini:

Alamat: 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 03-5523 5213
Map: https://goo.gl/maps/aZhwVe7yKDRZBezb8

Penutup

Begitulah 10 tempat makan best di Shah Alam yang dapat CV kongsikan. Sebenarnya banyak lagi tempat makan best di Shah Alam yang ada. Kali ini CV dapat ceritakan 10 tempat sahaja. Yang pasti ialah adalah makanan sedap di Shah Alam.

Jika ada tempat lain yang lagi best nak masukkan dalam senarai kedai makan Shah Alam boleh bagitau CV ya. CV akan update lagi posting ini. Jumpa lagi!

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *