Pulau Tercantik di Malaysia

7 Pulau Tercantik di Malaysia | No #4 Memang Awesome !

Hari ini CV nak mengajak anda mengenali 7 pulau tercantik di Malaysia. Pastinya anda sudah teruja untuk mengetahui pulau-pulau yang awesome ni kan? Okay jom!

Cantik itu sesuatu yang subjektif. Ada orang tengok sesuatu itu cantik. Ada orang tengok sesuatu itu tak cantik. Tak kisahlah. CV nak kongsikan pulau tercantik di Malaysia mengikut pandangan CV sendiri.

Baiklah, jom kita saksikan satu-persatu di manakah pulau tercantik di Malaysia yang boleh anda lawati.

#1 Pulau Sipadan Sabah

Pulau tercantik di Malaysia
Pulau Sipadan

Pertama sekali pulau tercantik di Malaysia yang menjadi pilihan CV ialah Pulau Sipadan. Pulau Sipadan ini terletak di Sabah berdekatan daerah Semporna.

Pulau ini pernah menjadi kekecohan dahulu di mana kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesia pernah menuntut pemilikan pulau ini. Akhirnya perkara ini telah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan keputusannya berpihak kepada Malaysia.

Apa yang menarik di Pulau Sipadan ini ialah di sini terdapat tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.

Pulau Sipadan ini satu-satunya pulau samudera di Malaysia yang terdiri daripada batu kapur yang indah. Ketinggian Pulau Sipadan dari aras laut ialah 600 meter.

Menariknya bagi para penyelam anda berpeluang untuk bertemu dengan hidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Keindahan hidupan warna warni di dasar lautan pasti menyeronokkan bagi sesiapa yang berpeluang berkunjung ke sini.

Pulau Sipadan pernah tersenarai sebagai salah satu dari 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada penghujung Julai 2009.

Maka tidak salah lah Pulau Sipadan ini menjadi pilihan pertama sebagai pulau tercantik di Malaysia.

#2 Pulau Tioman Pahang

Pulau tercantik di Malaysia
Pulau Tioman

Pulau tercantik di Malaysia yang kedua ialah Pulau Tioman Pahang. Pulau Tioman terletak di daerah Rompin, Pahang.

Jika dilihat dari udara Pulau Tioman ini adalah seperti bentuk seketul paha ayam. Sungguh cantik dan unik sekali.

Terdapat 2 jeti yang disediakan di Pulau Tioman iaitu jeti di Mersing, Johor dan jeti di Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang.

Apa yang menarik di Pulau Tioman ialah Pulau Tioman memiliki kawasan yang sangat luas. Keluasan Pulau Tioman ialah seluas 39 km panjang dan 12 km lebar.

Itu memberi peluang untuk ramai pelancong datang ke Pulau Tioman. Pelancong dari dalam negara mahupun pelancong asing menjadi Pulau Tioman sebagai salah satu destinasi tumpuan.

Dianggarkan pada tahun 2009 pelancong yang datang ke Pulau Tioman mencecah 30,000 hingga 50,000 sebulan. Sungguh ramai bukan?

Pulau tercantik di Malaysia
Pulau Tioman

Di dalam Pulau Tioman ini terdapat 8 buah pulau dalam gugusan Pulau Timona. Setiap pulau ini sesuai untuk aktiviti menyelam skuba dan snorkeling. Anda dapat menikmati hidupan marin yang pelbagai di Pulau Tioman ini.

Antara kampung yang popular di Pulau Tioman ialah Kampung Tekek, Juara, Kampung Salang, Kampung Mukut, dan Kampung Genting.

Anda boleh menginap di homestay yang telah disediakan di kampung-kampung ini.

#3 Pulau Langkawi Kedah

Pulau tercantik di Malaysia
Pulau Langkawi

Okay seterusnya kita akan pergi Pulau Langkawi ! Dah tentu anda semua pernah mendengarnya bukan?

Pulau Langkawi terletak di negeri Kedah Darul Aman. Anda boleh melalui jeti di Kuala Perlis untuk sampai ke Pulau Langkawi.

Apa yang menarik di Pulau Langkawi ini ialah terdapat pelbagai jenis pulau berhampiran Pulau Langkawi. Setiap pulau mempunyai keunikan tersendiri.

Sebagai contoh anda pergi ke Pulau Dayang Bunting, anda akan menyaksikan sebuah bukit yang berbentuk seperti seorang wanita yang mengandung.

Pulau tercantik di Malaysia
Pulau Dayang Bunting

Di Pulau tersebut anda berpeluang untuk mandi di sebuah tasik yang indah. Pihak pengurusan telah menyediakan sebuah kawasan yang terkepung untuk para pengunjung bermandi-manda.

Selain itu ada juga sebuah gua yang menarik di sini. Tedapat sebuah gua iatu Gua Buaya yang membawa anda ke suatu tempat burung Helang makan. Anda dapat menikmati pemandangan yang mempesonakan dengan melihat helang berterbangan apabila dilambungkan makanan.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menaiki kereta kabel yang disediakan di Pulau Langkawi. Ianya sungguh menyeronokkan apabila dapat menikmati keindahan Pulau Langkawi melalui udara.

#4 Pulau Lankayan Sabah

Pulau tercantik di Malaysia
Pulau Lankayan – Kredit: Smart Borneo

Okay seterusnya kita nak pergi ke Sabah bah. Pulau yang tercantik di Malaysia yang seterusnya ialah Pulau Lankayan.

Pulau Lankayan ini terletak di Sabah. Anda pasti akan terkejut dengan melihat keindahan Pulau Lankayan ini. Ianya sebuah pulau dengan pemandangan seperti di luar negara.

Pulau Lankayan ini tidak terlalu besar. Namun pemandangan cukup cantik untuk anda berehat dan bersantai. Anda boleh mengelilingi pulau hanya dengan berjalan kaki.

Aktiviti menarik anda boleh lakukan di sini seperti menyelam dengan melihat pelbagai fauna. Berbagai jenis hidupan seperti jack, yu blacktip, kerang gergasi, ikan anemone, dan banyak lagi.

Di sini hanya terdapat satu sahaja resort iaitu Lankayan Island Dive Resort. Anda berpeluang untuk menginap di resort ini untuk menikmati keindahan fauna yang sangat indah ini.

#5 Pulau Rawa Johor

Pulau tercantik di Malaysia
Pulau Rawa Johor

Seterusnya pulau tercantik di Malaysia ialah Pulau Rawa. Pulau Jawa terletak di negeri Johor Darul Takzim.

Kalau tengok sekali Pulau Rawa ni, tak sangka ada rupanya pulau secantik ini di Malaysia. Keindahan seperti berada di luar negara.

Jika dilihat dari atas, anda boleh lihat dasar lautannya. Airnya sangat jernih dan bersih.

Di Pulau Rawa ini terdapat satu resort iaitu Rawa Island Resort. Anda dapat berehat dan menenangkan minda di resort ini.

Terdapat juga titi di tepi lautan untuk anda meniti di atas air. Ia pastinya pengalaman yang sangat bermakna untuk anda.

Keadaan yang terjaga dan selamat di sini pastinya dapat menghilangkan stress dari kesibukan kota. Jika anda ingin dapatkan ketenangan datanglah ke Pulau Rawa Johor ini.

#6 Pulau Redang Terengganu

Pulau tercantik di Malaysia
Pulau Redang – Kredit: Blog Pakej

Pulau tercantik di Malaysia yang seterusnya ialah Pulau Redang. Pulau Redang terletak di negeri Terengganu Darul Iman.

Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang menjadi tarikan pelancong. Bukan sahaja Pulau Redang ini cantik, malah terdapat banyak kemudahan yang disediakan di sini.

Terdapat banyak chalet dan resort yang disediakan di Pulau Redang. Pasir pantainya yang putih bersih pasti menyeronokkan.

Anda juga berpeluang untuk berkayak di sini. Terdapat kayak yang disediakan untuk mereka yang minat kepada sukan kayak.

Air lautnya juga sangat bersih dan jernih. Anda dapat melihat dasar lautan melalui permukaan air.

Bagi yang minat kepada sukan air, terdapat juga aktiviti menyelam skuba dan snorkeling disediakan di sini. Anda berpeluang untuk bertemu penyu! Ya, Terengganu merupakan salah satu tempat terbesar pembiakan penyu.

#7 Pulau Perhentian Terengganu

Pulau tercantik di Malaysia
Pulau Perhentian – Kredit: Trip Advisor

Pulau tercantik di Malaysia yang terakhir ialah Pulau Perhentian. Ya masih di Terengganu. Pulau Perhentian termasuk juga dalam senarai pulau tercantik di Malaysia.

Dahulunya pulau ini adalah menjadi tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang dari China ke Asia Tenggara. Banyak kapal-kapal berhenti di sini, jadi di situlah nama Pulau Perhentian terhasil.

Pulau ini sangat cantik kerana struktur pulaunya yang strategi. Ia berada seolah-olah di satu kawasan pantai yang terkepung.

Anda boleh menikmati air pantai yang bersih dan jernih di sini. Terdapat juga resort-resort disediakan untuk anda merehatkan minda.

Selain pasir pantainya yang putih dan bersih, anda juga boleh mengikuti aktiviti jungle tracking. Terdapat hutan simpan yang terpelihara untuk anda yang sukakan aktiviti lasak.

Penutup – Pulau Tercantik di Malaysia

Begitulah 7 pulau tercantik di Malaysia yang dapat CV kongsikan. Semoga ianya bermanfaat untuk anda.

Ambil lah sedikit masa untuk merehatkan minda dari kesibukan kerja. Nikmati pemandangan alam diciptakan Tuhan untuk kita merenung sedikit sebanyak keindahan ciptaanNya.

Baca juga: Pantai Tercantik di Kuantan

Jumpa lagi!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *