pantai tercantik di kuantan

5 Pantai Tercantik Di Kuantan

Cantik itu sesuatu yang subjektif. Ada orang tengok sesuatu itu cantik, ada pula orang tengok sesuatu itu tak cantik. CV nak kongsikan 5 pantai tercantik di Kuantan.

Ada orang tengok pantai yang cantik dari segi kebersihan persekitaran. Ada juga tengok cantik itu dari deruan ombak. Ada juga yang tengok cantik itu dari segi kebersihan air.

Apa yang CV nak kongsikan ialah dari semua segi. Cantik, air bersih, dan persekitaran bersih. Ini adalah pandangan CV sendiri setelah merasai sendiri pengalaman ke semua pantai yang akan CV kongsikan ini.

Okay jom kita tengok 5 pantai tercantik di Kuantan!

#1 Pantai Sepat

Pantai Tercantik di Kuantan
Teluk Sepat

Pertama sekali pilihan CV adalah Pantai Sepat. Pantai Sepat terletak berdekatan Kg Kempadang. Jaraknya dari bandar Kuantan adalah lebih kurang 7km.

Pantai Sepat menjadi pilihan pertama sebagai pantai tercantik di Kuantan sebabnya airnya sangat bersih dan cantik.

Persekitaran di Pantai Sepat terjaga dari segi kebersihan. Sampah-sarap tidak bersepah di merata tempat.

CV kalau pergi Kuantan memang akan pilih Pantai Sepat sebagai pilihan pertama. Airnya yang cetek juga sesuai untuk anak-anak bermandi-manda.

Di sini banyak juga kedai-kedai di tepi pantai. Macam-macam jualan disediakan. Ada jual t-shirt, makanan dan minuman, dan pelampung pelbagai bentuk.

Ada juga kuda yang boleh ditunggangi dengan sedikit bayaran. Jika ada peluang anak-anak juga dapat bermain Inflatable Playground yang disediakan oleh pengusaha di pantai tersebut.

Pasti anak-anak susah nak balik bila dapat main di tempat tersebut.hehe

#2 Pantai Balok

Pilihan pantai yang tercantik di Kuantan yang kedua ialah Pantai Balok. Pantai Balok terletak di Balok, Kuantan. Jaraknya dari Bandar Kuantan lebih kurang 10km.

Pantai Tercantik di Kuantan
Pantai Balok

CV suka dengan pantai Balok sebab pantainya sangat bersih. Air laut pantai yang tidak terlalu tinggi sesuai untuk anda bermandi-manda.

Di Pantai Balok ada sebuah batu besar di tengah-tengah pantai. Jika air surut, anda dapat memanjat batu tersebut. Boleh lah tengok laut dengan lebih dekat.

Pantai Tercantik di Kuantan
Pantai Balok

Ditepi Pantai Balok ini juga disediakan pondok-pondok yang cantik dengan sedikit bayaran sewa. Anda boleh beristirehat di pondok setelah puas bermandi-manda.

#3 Pantai Cherating

Pantai Tercantik di Kuantan
Pantai Cherating

Okay pantai tercantik di Kuantan yang seterusnya ialah Pantai Cherating. Jaraknya agak jauh dengan Bandar Kuantan iaitu berhampiran dengan sempadan Kemaman.

Apa yang menarik di Pantai Cherating ini ialah banyak terdapat chalet-chalet dengan harga yang murah.

Pantai Tercantik di Kuantan
Pantai Cherating

Anda boleh menginap di chalet-chalet tersebut. Bangun pagi boleh terus terjun ke pantai. Pasti seronok bukan.

Di sini juga terdapat banyak kedai-kedai jualan. Anda dapat membeli cenderahati untuk dibawa pulang.

Pantai Tercantik di Kuantan
Pantai Cherating

#4 Pantai Telok Cempedak

Teluk Cempedak
Pantai Teluk Cempedak

Okay pilihan pantai tercantik di Kuantan yang keempat ialah Pantai Telok Cempedak. Ia terletak berhampiran dengan Bandar Kuantan.

Pantai Telok Cempedak merupakan salah satu tarikan di bandar Kuantan. Ia juga salah satu tempat menarik di Pahang.

Apa yang best di Pantai Telok Cempedak ialah banyak kedai-kedai di sini. Pelbagai jenis barangan di jual sama ada di gerai atau di expo.

Pantai Tercantik di Kuantan
Teluk Cempedak

Jika anda datang pada waktu malam, suasana di sini meriah dengan pelbagai pertunjukan. Ada pertunjukkan api, ada maskot kartun, ada silap mata, dan macam-macam lagi. Pelbagai gelagat manusia anda akan temui di sini.

Pantai di sini juga sesuai untuk mandi dan berehat. Saksikan keindahan malam di pantai ini sambil ditemani bunyi deruan ombak yang indah.

Pantai Tercantik di Kuantan
Teluk Cempedak

Pasti anda akan seronok bila berada di sini.

#5 Pantai Batu Hitam

Pantai tercantik di Kuantan yang terakhir ialah Pantai Batu Hitam. Pantai Batu Hitam terletak di Beserah, Kuantan.

Pantai Tercantik di Kuantan
Pantai Batu Hitam

Jarak Pantai Batu Hitam dari bandar Kuantan adalah lebih kurang 7km. Pantai ini juga menjadi tumpuan pelancong.

Apa yang best di Pantau Batu Hitam ialah di sini disediakan tempat untuk beristirehat yang menarik.

Pantai Tercantik di Kuantan
Pantai Batu Hitam

Terdapat kerusi batu di tepi pantai untuk anda menghirup udara pantai sambil menikmati pemandangan laut.

Ombak di sini agak kuat. Jadi anda perlu lebih berhati-hati apabila mandi di sini.

Yang special di Pantai Batu Hitam ini alah di sini terdapat gerai celup tepung. Pelbagai jenis masakan celup tepung disediakan seperti udang celup tepung, sotong goreng celup tepung, kopok lekor, dan macam-macam lagi.

Pantai Tercantik di Kuantan
Pantai Batu Hitam

Pastinya anda terliur dengan makanan tersebut bukan? Boleh dapatkan makanan fresh di Pantai Batu Hitam ini.

Penutup – Pantai Tercantik di Kuantan

Begitulah 5 pantai tercantik di Kuantan yang dapat CV kongsikan. Jika anda mencari-cari pantai yang manakah patut menjadi pilihan, diharapkan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak keputusan anda.

Baca juga: Tempat Makan Best di Kuantan

Gunakan kesempatan yang ada untuk bersama keluarga tersayang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Semoga ia menjadi ibadah yang akan diberi ganjaran kelak. Jumpa lagi !

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *