Tempat Menarik di Raub

15 Tempat Menarik Di Raub | Memang Best!

Hari ni CV nak kongsikan 15 tempat menarik di Raub. Kalau cakap pasal Raub, pasti anda akan teringat tentang durian Raub betul tak?

Sebenarnya banyak tempat menarik di Raub yang boleh anda kunjungi. Bagi anda yang mencari tempat menarik di Raub bolehlah baca perkongsian CV kali ini.

#1 Pulau Chekas

Tempat Menarik di Raub
Pulau Chekas

Pertama sekali tempat menarik di Raub yang CV nak bawakan ialah Pulau Chekas. Pulau Chekas terletak di Ulu Dong, Raub. Ianya terletak berhampiran Kampung Tradisional Pamah Kulat.

Jika anda menaiki kenderaan dari jalan besar ke jalan kampung ianya mengambil masa lebih kurang 15 minit. Pulau Chekas ini merupakan sebuah sungai yang mempunyai air yang jernih dan bersih.

Pulau Chekas mendapat nama kerana terdapat sebuah daratan yang terbentuk di tengah laluan air sungai. Laluan yang terbelah inilah menjadi keunikan bagi Pulau Chekas.

Kawasan Pulau Chekas ini sungai untuk kanak-kanak kerana airnya tidak terlalu deras. Airnya sangat tenang dan menyegarkan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan kesegaran sungai pada suasana kampung, Pulau Chekas adalah tempat yang terbaik untuk anda kunjungi.

Di sini juga terdapat kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, ruangan perkhemahan, dan dataran kecil untuk aktiviti kekeluargaan. Terdapat juga kolam buatan yang memudahkan anak-anak kecil untuk bermandi-manda.

#2 Raub Durian Orchard

Tempat Menarik di Raub
Raub Durian Orchard

Seterusnya CV nak bawakan anda ke Raub Durian Orchard. Di sini adalah syurga buat peminat durian! Raub Durian Orchard adalah antara pengeluar durian Musing King terbesar di Malaysia.

Ia mempunyai keluasan kebun sebesar 10 ekar yang terletak lebih kurang 15 minit dari bandar Raub. Kebun yang terdapat di Raub Durian Orchard ini memuatkan lebih 400 pokok durian. Pelbagai baka yang berkualiti dipelihara di kebun ini seperti Musang King, Tembaga, dan D24.

Buat anda yang meminati durian, anda boleh datang dan makan sepuas-puasnya di sini. Harga yang ditawarkan juga agak berbaloi. Terdapat juga banyak pokok buah-buahan tempatan yang lain di sini seperti rambutan, langsat, manggis, pisang, dan duku.

#3 Tanah Aina Fahad

Tempat Menarik di Raub
Tanah Aina Fahad

Seterusnya tempat menarik di Raub yang CV nak bawakan anda ialah Tanah Aina Fahad Ulu Dong. Tanah Aina ini ada banyak tempat, salah satunya ialah di Raub.

Konsep yang ditonjolkan oleh Tanah Aina ialah konsep percutian mewah yang eksklusif di dalam hutan. Tanah Aina Fahad ini terletak di Ulu Dong, Raub. Kemudahan yang disediakan cukup lengkap.

Jika anda inginkan ketenangan di dalam hutan dengan suasana yang cukup nyaman, Tanah Aina patut menjadi pilihan anda. Luangkan masa seketika dari kesibukan kota dengan suasana hutan dan ditemani burung yang berkicauan.

#4 Tanah Aina Farouq

Tempat Menarik di Raub
Tanah Aina Farouq

Selain Tanah Aina Fahad, terdapat juga Tanah Aina Farouq yang juga terletak di Raub. Ianya termasuk di dalam senarai tempat menarik di Raub.

Tanah Aina Farouq ini terletak di Tras, Raub. Ianya tidak jauh dari bandar Raub. Konsep percutian di sini ialah konsep eko-percutian di mana anda akan merasai percutian tanpa percemaran atau korosakan hutan.

Suasana hutan yang cukup nyaman sangat membantu anda menenangkan fikiran dari kesibukan kerja. Untuk masuk ke sini anda perlu menaiki kenderaan 4×4 yang disediakan oleh pihak resort.

Anda berpeluang untuk bermandi-manda di sungai yang sungguh jernih dan bersih. Khemah dan kabin yang disediakan di Tanah Aina Farouq ini sungguh mewah dan lengkap. Anda tak perlu risau lagi untuk meluangkan masa cuti anda dengan penuh ketenangan.

#5 Bilut Hills Resort

Tempat Menarik di Raub
Bilut Hill Resort

Tempat menarik di Raub yang seterusnya ialah Bilut Hills Resort. Bilut Hills Resort terletak di Lurah Bilut, Raub. Bilut Hills terletak berhampiran laluan dari Bentong ke Raub.

Apa yang menarik di Bilut Hills Resort ialah homestay yang besar dan sungguh selesa. Anda bakal ditemani panorama bukit dan hutan yang sungguh indah. Pada waktu malam anda bakal ditemani dengan bungi unggas yang sungguh menghiburkan.

Kawasan Bilut Hills Resort ini dikelilingi dengan pokok durian. Sambil anda berehat-rehat boleh melihat buah durian yang masak ranum apabila tiba musimnya.

Banyak kemudahan yang disediakan di sini seperti bilik mesyuarat, ruangan permainan, dan sebagainya. Terdapat juga aktiviti menarik di sini seperti memanah dan memandu ATV. Pasti cuti anda dipenuhi dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan.

#6 Chalet Pak Teh

Tempat Menarik di Raub
Chalet Pak Teh

Seterusnya tempat menarik di Raub yang CV nak bawakan ialah Chalet Pak Teh. Chalet Pak Teh terletak di Kampung Ulu Sungai, Raub.

Apa yang menarik di Chalet Pak Teh ialah keunikan binaan chalet yang begitu menarik. Ianya dibina menggunakan bahan binaan tempatan, bahan kitar semula, dan kayu-kayu hutan. Pasti anda dapat merasai suasana kampung yang sebenar.

Chalet Pak Teh ini terletak berdekatan dengan sungai. Banyak aktiviti yang sesuai dibuat di sini seperti berkhemah, hari keluarga, dan sukaneka.

Buat anda yang teringin merasai suasana kampung, Chalet Pak Teh adalah pilihan yang ideal. Luangkan seketika masa bersama keluarga untuk menikmati kehidupan kampung.

#7 Laman Pesona Resort & Spa

Tempat Menarik di Raub
Laman Pesona Resort & Spa

Tempat menarik di Raub yang seterusnya ialah Laman Pesona Resort & Spa. Apa yang best di sini ialah kemudian untuk menginap yang selesa dan nyaman.

Laman Pesona Resort & Spa ini terletak di Cheroh, Raub. Ianya tidak jauh dengan bandar Raub. Pelbagai kemudian disediakan di sini untuk anda berehat-rehat.

Hotel ini menyediakan 22 bilik tetamu yang serba lengkap. Terdapat wifi percuma, kedai serbaneka, bilik yoga, sauna, dan kolam renang.

Jadi jika anda datang ke Raub dan tidak tahu di mana untuk menginap, Laman Pesona Resort & Spa patut menjadi pilihan anda. Boleh kata pakej lengkap untuk datang menginap dalam keadaan yang cukup selesa.

#8 Casabrina Vacation Villas

Tempat Menarik di Raub
Casabrina Vacation Villas

Baiklah seterusnya kita akan ke tempat ala-ala Bali, Indonesia iaitu Casabrina Vacation Villas. Casabrina Vacation Villas ini menjadi salah satu tempat menarik di Raub adalah kerana rekaan villa yang sungguh cantik seperti di Bali.

Terdapat pelbagai jenis villa di sini yang bukan hanya menarik pelancong dalam negara malah pelancong dari luar negara juga tertarik dengan villa-villa yang disediakan. Villa ini telah direka oleh Yaka Sara yang merupakan arkitek terkenal di Bali. Jadi sebab itulah rekaan ini mirip seperti di Pulau Bali.

Jika anda yang teringin untuk ke Bali tetapi belum berkesempatan, anda boleh lawati Casabrina Vacation Villas yang berada di Raub ini.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini untuk memberi keselesaan kepada anda. Sarapan pagi juga disediakan secara percuma di sini. Jadi tak perlu anda bersusah-payah untuk keluar mencari sarapan lagi.

#9 Lata Jarum

Tempat Menarik di Raub
Lata Jarum

Okay seterusnya tempat menarik di Raub ialah Lata Jarum. Lata Jarum terletak di Ulu Dong. Jarak dari Pekan Dong adalah lebih kurang 14 km dan dari bandar Raub lebih kurang 35 km.

Lata Jarum adalah salah satu sungai yang sangat terpelihara kecantikannya. Airnya sangat jernih dan bersih. Suasana di Lata Jarum begitu menenangkan sekali apabila ditemani unggas rimba dan mendengar deruan air terjun.

Banyak kemudahan untuk memudahkan orang ramai seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, surau, ruang untuk berkhemah, bangku-bangku yang di payungi rimbunan pokok hutan, dewan dan kafeteria.

Buat anda pencinta alam, Lata Jarum sangat sesuai dijadikan tempat berehat anda untuk berkawan dengan alam.

#10 Jeram Besu

Tempat Menarik di Raub
Jeram Besu

Seterusnya tempat menarik di Raub yang CV nak bawakan ialah Jeram Besu. Jeram Besu terletak berhampiran Pekan Benta.

Apa yang menarik di Jeram Besu adalah pelbagai aktiviti di sediakan di sini seperti berkayak, berkenu, dan berakit. Buat penggemar-penggemar sukan lasak, Jeram Besu patut menjadi pilihan anda.

Kemudian yang disediakan di Jeram Besu juga cukup lengkap dengan penginapan dan kedai makan. Anda dapat meluangkan masa berehat di Jeram Besu dengan tenang sekali. Suasana kehijauan dengan air sungai yang dingin pasti dapat menghilangkan segala penat lelah bekerja di kota.

#11 Lembah Temir

Tempat Menarik di Raub
Lembah Temir

Seterusnya tempat menarik di Raub yang tidak kurang hebatnya ialah Lembah Temir. Ianya terletak Sungai Ruan, Raub.

Lembah Temir sangat menyeronokkan kerana resort yang disediakan cukup strategik. Dihadapan pintu resort terdapat sungai yang sesuai untuk bermandi-manda. Jadi keluar saja bilik anda boleh terjun ke sungai.

Pengunjung juga dijamu dengan masakan Pahang yang sungguh lazat. Jika bertuah, anda dapat menjamu buah-buahan seperti durian Musang King, Pulasan, dan banyak lagi.

Suasana di Lembah Temir ini menghijau diselangi dengan bunyi deruan arus sungai dan air terjun berhampiran. Anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada ikan-ikan di sini.

Jika anda berhajat untuk mengadakan reunion, gathering, teambuilding serta percutian pendek famili, Lembah Temir ini adalah satu pilihan yang tepat.

Selain persekitaran yang cantik dan tenang, Lembah Temir juga terkenal dengan makanannya yang sangat sedap. Kalau ke sini jangan lupa untuk merasa gulai tempoyak ikan patin dan rendang ayamnya.

#12 Fraser Hill

Tempat Menarik di Raub
Fraser Hills

Tempat menarik di Raub yang seterusnya ialah Fraser Hills. Sebuah tempat yang jauh dari kesibukan kota dan sungguh menenangkan.

Suhu dingin sekitar 20 hingga 23 darjah celcius cukup menenangkan hati anda. Ketinggian Fraser Hills adlaah 1524 meter di atas paras laut. Ianya cukup memberi pemandangan yang cukup mengasyikkan.

Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Bagi anda yang mencintai flora dan fauna, Fraser Hill patut menjadi pilihan anda. Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin, Fraser Hill ini pasti menjadi memori indah buat pasangan.

#13 Lata Lembik

Tempat Menarik di Raub
Lata Lembik

Seterusnya tempat menarik di Raub ialah Lata Lembik. Ianya terletak 52 km dari bandar Raub.

Apa yang menarik di Lata Lembik ialah perjalanannya melalui Perkampungan orang asli dan Kampung Tradisional. Anda berpeluang untuk menyantuni orang Asli di sini yang begitu lemah lembut.

Kemudahan yang disediakan di Lata Lembik ini cukup lengkap seperti pondok rehat, surau, dewan serbaguna, tandas, chalet dan kemudahan lain untuk mandi-manda, berkhemah dan padang kawat.

Terdapat ir terjun yang terletak di dalam kawasan perkampungan orang asli Ulu Sungai ini bukan sahaja cantik dan menyegarkan, malah anda pasti akan berasa tak puas bermandi-manda di sini.

Kawasan ini sesuai jika anda ingin mengadakan barbeque. Pasti ianya suatu pengalaman yang sukar dilupakan.

#14 Gunung Benom Resort

Tempat Menarik di Raub
Benum Hill Resort

Tempat menarik di Raub yang seterusnya ialah Gunung Benom Resort. Gunung Benom Resort ini terletak di kaki Gunung Benom. Ianya terletak bersempadan di antara Jerantut, Temerloh, dan Raub.

Buat anda pencinta alam semulajadi, Gunung Benom Resort patut menjadi pilihan anda. Suasana di sini sangat nyaman dengan udara yan sejuk pada waktu malam dan di awal pagi.

Anda juga berpeluang untuk mendaki Gunung Benom jika berkesempatan. Terdapat pelbagai flora dan fauna di Gunung Benom ini untuk pengalaman baru anda.

#15 Bilut Extreme Park

Tempat Menarik di Raub
Bilut Extreme Park

Seterusnya tempat menarik di Raub yang CV nak kongsikan ialah Bilut Extreme Park. Bilut Extreme Park ini terletak di Lurah Bilut, Raub.

Bagi anda peminat sukan lasak. Bilut Extreme Park patut menjadi pilihan anda. Terdapat pelbagai sukan ekstrem yang disediakan di sini seperti memandu kenderaan ATV melalui kawasan hutan yang mencabar.

Anda bakal berdepan dengan selut dan lumpur sepanjang perjalanan memandu ATV tersebut. Pastinya ia dapat memuaskan hati kepada peminat sukan lasak.

Penutup

Begitulah 15 tempat menarik di Raub yang dapat CV kongsikan. Jika anda berhajat untuk datang ke Raub, pilihlah tempat yang menarik minat anda.

Terlalu banyak pilihan yang boleh anda tentukan. Raub merupakan sebuah daerah yang kaya dengan keindahan alam semulajadi.

Baca juga: Tempat Menarik di Janda Baik

Baiklah itu sahaja perkongsian CV kali ini. Semoga berjumpa lagi. Terima kasih!

Similar Posts