5 Hotel Yang Ada Private Pool Di Malaysia

CV kali ini nak mengajak anda untuk mengenali 5 hotel yang ada private pool di Malaysia. Bagi para pelancong yang sukakan privasi semasa menginap, pastinya hotel ini menjadi tarikan anda. Private pool bukan sahaja memberi keselesaan kepada anda yang ingin berehat tetapi juga memberi kemudahan untuk anda bebas beraktiviti tanpa diganggu.

Sama macam CV sendiri, kalau ada private pool macam ni. Memang syok lah sebab tak perlu risau nak jaga aurat dan sebagainya. Sangat sesuai untuk wanita Muslim yang menjaga aurat. Kan wanita Muslim tak elok mandi di kawasan mandian umum?

Okayy. Jom kita lihat 5 hotel yang ada private pool di Malaysia!

1. Mangala Resort And Spa (Gambang, Pahang)

Hotel Yang Ada Private Pool
Mangala Resort And Spa

Mangala Resort And Spa terletak di Gambang, Pahang. Kedudukannya sangat hampir dengan Universiti Malaysia Pahang cawangan Gambang.

Mangala Resort and Spa ialah antara vila mewah di Malaysia yang dipenuhi dengan suasana damai flora. Ianya dibina di atas tanah berteres yang dikelilingi oleh dusun kecil mangga dan pokok durian Musang King.

Setiap vila mewah yang dibina mempunyai private pool sendiri. Keluasan bagi setiap kawasan binaan adalah seluas 60 meter persegi. Cukup luas dan selesa bagi sekeluarga kecil untuk menginap di sini. Di tepi kolam juga disediakan balkoni untuk berehat-rehat bersama ahli keluarga.

Harga bermula RM 1199.00.

2. Lexis Hibiscus® Port Dickson

Lexis Hibiscus® Port Dickson

Lexis Hibiscus® Port Dickson adalah sebuah resort pelancongan di sepanjang Pantai Pasir Panjang Port Dickson.

Lexis Hibiscus terdiri daripada 639 vila kolam yang terdiri daripada bilik menara dan vila air. Binaan vila Lexis Hibiscus adalah moden dan sangat luas.

Setiap vila dilengkapi dengan private pool dan bilik wap sendiri untuk kemewahan dan privasi. Pemandangan di vila Lexis Hibiscus adalah sangat menarik kerana menghadap ke arah laut.

Binaannya atas pantai yang menyebabkan Lexis Hibiscus dinobat pemegang Guinness World Record sebagai kolam renang terbanyak di resort dan vila pantai terbanyak dalam satu resort.

Bagi anda yang inginkan ketenangan lautan dan privasi yang maksima, Lexis Hibiscus pasti menjadi pilihan anda.

Harga bermula RM 714.

3. The Orchard Wellness & Health Resort

The Orchard Wellness & Health Resort

Nikmati kedamaian, kehijauan, dan alam semulajadi di The Orchard Wellness & Health Resort. The Orchard Wellness & Health Resort adalah sebuah resort yang terletak di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Ia juga termasuk dalam senarai hotel yang ada private pool.

The Orchard Wellness & Health Resort pernah mendapat anugerah ‘Best Wellness Spa’ bagi tahun 2015, 2016, dan 2017 oleh World Spa.

Bagi anda yang inginkan suasana tenang alam semula jadi, yang mementingkan penjagaan kesihatan, resort ini sangat sesuai untuk anda.

The Orchard Wellness & Health Resort dikelilingi ladang buah-buahan tropika yang subur. Terdapat daripada 400 jenis buah-buahan tropika yang dialu-alukan untuk setiap tetamu yang menginap di resort ini. Pastinya ini sangat memberi nikmat bagi pencinta buah-buahan segar dari ladang.

Harga bermula RM 999.

The Datai Langkawi

The Datai Langkawi

The Datai Langkawi adalah resort yang terletak di kawasan hutan hujan tropika disamping Lautan Andaman dan Pulau Tarutao.

The Rainforest Villa adalah sebuah vila di The Datai yang mengandungi keluasan 175 meter persegi dengan kolam renang seluas 10 meter di ruang tamu luar.

Sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesesakan bandar dan inginkan suasana ketenangan. Sesuai juga untuk pasangan berbulan madu.

Harga bermula RM 1190.00

5. Ambong Pool Villa

Ambong Pool Villa

Ambong Pool Villa adalah villa yang terletak di Langkawi dengan pemandangan laut dan pulau-pulau sekitarnya. Anda boleh menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam kerana setiap kawasan vila lengkap dengan kolam renang sepanjang 12 meter dan dapur kecil di bahagian luar.

Sesuai untuk mereka yang ingin menghabiskan masa sepanjang hari untuk berehat dan menikmati pemandangan alam semulajadi, atau memanjakan diri dengan sesi spa dan hidangan istimewa.

Ambong Pool Villa juga menyediakan pasukan untuk membawa anda mengembara ke alam semulajadi dan menerokai Langkawi UNESCO Geopark. sebuah tempat yang penuh dengan lagenda.

Harga bermula RM 2145.00.

Penutup

Begitulah 5 hotel yang ada private pool di Malaysia. Semoga artikel ini berguna untuk anda. Apapun pilihan anda, carilah mengikut kemampuan poket anda. Jangan kerana terlalu inginkan kemewahan dan keselesaan, sehingga mengganggu kewangan anda. Carilah mengikut kesesuaian dan kebijaksanaan anda. Gitu! 🙂

Similar Posts

One Comment

Comments are closed.