7 Tempat Menarik di Jengka Pahang – Wow! Syoknya !
Hari ini CV nak mengajak anda bersiar-siar di Jengka, Pahang! Jom kita melawat 7 tempat menarik di Jengka Pahang. Pastinya anda teruja untuk melawat tempat-tempat ini.
Jengka adalah sebuah Gugusan Felda yang dikenali sebagai Segitiga Jengka sebab ia meliputi 3 daerah iaitu Temerloh, Jerantut, dan Maran.
Banyak tempat menarik yang boleh kita lawati berhampiran 3 daerah ini. Okay jom kita melawat satu persatu tempat menarik ini!
#1 Jengka Wonderland

Pertama sekali kita akan pergi ke Jengka Wonderland! Tempat untuk bermandi-mandi.
Jengka Wonderland ini terletak di Bandar Jengka Pahang (bersebelahan JPJ Jengka). Jaraknya lebih kurang 2 jam dari Kuala Lumpur dan juga Kuantan.
Apa yang menarik di Jengka Wonderland ini? Di sini terdapat pelbagai jenis gelongsor dan pelbagai jenis kolam. Taman tema air yang sungguh besar.
Anda boleh pilih gelongsor mana anda nak, kolam mana yang anda minat. Ada jugak pirate ship di tengah-tengah kolam untuk anda naiki.
Terdapat juga Gazebo dan Hobbits House untuk anda berehat-rehat sambil bersantai bersama keluarga.
Anak-anak kalau dapat pergi sini, confirm tak senang duduk. Pasti bermacam-macam aksi mereka ingin mencuba.
Harga tiket di sini juga agak berpatutan. RM 18 untuk dewasa, RM 15 untuk kanak-kanak, dan RM 10 untuk warga emas & OKU.
Harga untuk menyewa Gazebo pula adalah RM 40 seunit dan Hobbits House berharga RM 65 seunit.
Jika anda nak merasa taman tema air yang best ini, jom datang ke Jengka Wonderland hari ini. Saya pasti ia tidak akan mengecewakan anda.
#2 Rabbitland Jengka

Okay seterusnya kita akan pergi ke Rabbitland Jengka. Satu dunia buat kanak-kanak.
Rabbitland ini terletak di Bandar Jengka. Memang kawasan tumpuan orang ramai.
Di Rabbitland Jengka ini anda boleh lihat arnab yang sangat comel dengan pelbagai rupa. Pastinya membuat anda geram.
Namun jangan teruja lagi, sebenarnya bukan arnab sahaja yang ada di Rabbitland Jengka ini. Banyak lagi haiwan lagi yang ada.
Antara haiwan yang ada di sini ialah ayam serama, kambing, biawak, kuda, arnab, kerbau, lembu, burung ostrich, dan banyak lagi.
Jika bertuah unta pun ada akan jumpa tau. Banyak sangat haiwan yang ada untuk bawa anak-anak di sini.
Anda juga berpeluang untuk memberi haiwan-haiwan makan.
Harga tiket juga sangat berpatutan di sini. Harga tiket untuk dewasa RM 8 dan kanak-kanak RM 5. Sangat-sangat berbaloi.
Ada juga Hobbit House di sini. Nak tengok rumah macam batu tu bolehlah datang ke sini.
Bawa pengalaman baru untuk anak-anak. Mereka pasti akan berasa gembira dan puas berada di Rabbitland Jengka ini.
#3 Taman Rekreasi Che Minah Sayang

Dah puas tengok haiwan-haiwan yang comel? Sekarang kita nak pergi mandi sungai pula.
Tempat menarik di Jengka yang seterusnya ialah Taman Reakreasi Che Minah Sayang. Dulu nama Lubuk Ujid. Tetapi telah dimasyurkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada tahun 2017.
Taman Rekreasi ini terletak di antara Jerantut ke Maran. Tak jauh dari Bandar Jengka.
Kawasan di Taman Rekreasi Che Minah Sayang ni sangat sesuai untuk seisi keluarga. Air sungai cetek dan jernih. Kanak-kanak pasti sangat seronok mandi di sini.
Di sekeliling sungai di Taman Rekreasi Che Minah Sayang ini dipenuhi dengan pokok-pokok yang menghijau. Sungguh permai suasana di sini.
Jika anda ingin berehat-rehat dari kesibukan kota, Taman Rekreasi Che Minah Sayang ini adalah tempat yang patut anda pergi.
Pasti kekusutan anda hilang di bawa arus sungai yang mengalir damai. 🙂
#4 Air Terjun Lubuk Yu

Tempat menarik di Jengka yang seterusnya ialah Air Terjun Lubuk Yu. Air Terjun Lubuk Yu ini terletak di Felda Jengka 5 berhampiran Maran.
Namanya agak unik kerana geologi air terjunnya berbentuk U. Arus air di Air Terjun Lubuk Yu tidak terlalu deras menyebabkan ia menjadi tarikan pengunjung di sekitar daerah Maran.
Air sungai di sini sangat jernih dan sejuk. Pengunjung dapat menikmati air yang sungguh nyaman dan indah di sini.
Bagi anda yang ingin merehatkan minda dari bekerja di tengah kesibukan kota, Air Terjun Lubuk Yu boleh menjadi pilihan anda.
Anda pasti akan berasa tenang dengan bunyi air terjun yang mengalir membawa semua permasalahan anda.. Gitu..!
#5 Gua Kota Gelanggi

Seterusnya di tempat menarik di Jengka untuk dilawati ialah Gua Kota Gelanggi. Gua Kota Gelanggi ini terletak di daerah Jerantut.
Apa yang menarik di sini ialah terdapat banyak gua-gua yang bersejarah di sini. Anda akan berjumpa pelbagai gua seperti Gua Tongkat, Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Batu Balai, Gua Penyu, dan Gua Kelawar.
Nama-nama gua yang unik ini diambil dari peristiwa-peristiwa yang terjadi pada masa dahulu.
Jika anda meminati sejarah-sejarah Melayu, pasti anda suka untuk melawat tempat seperti ini. Di kawasan ini juga berhampiran kampung Pulau Tawar iaitu tempat asal pahlawan Melayu Mat Kilau.
#6 Gunung Senyum

Tempat menarik di Jengka yang seterusnya ialah Gunung Senyum. Jom kita memanjat Gunung Senyum pula!
Nama Gunung Senyum ini ada yang mengatakan diberi oleh Sultan Pahang pada suatu masa dulu. Dikatakan baginda sultan bertanya nama gunung tersebut kepada para pembesar.
Tetapi tiada seorang pun yang menjawab sebaliknya hanya tersenyum. Jadi sempena peristiwa itulah dinamakan gunung tersebut sebagai Gunung Senyum.
Gunung Senyum ini berketinggian 1549 meter. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di Gunung Senyum ini.
Di Gunung Senyum ini juga terdapat banyak gua batu kapur. Dikatakan ada sebanyak 18 gua batu kapur yang unik dan mempunyai nama-nama tersendiri.
Buat anda yang menyukai tempat mencabar seperti Gunung Senyum ini, sangat sesuai untuk anda terokainya jika berkesempatan. Ia pasti menjadi pengalaman menarik buat anda.
#7 Mydin Mall Jengka

Tempat menarik di Jengka yang terakhir ialah Mydin Mall Jengka. Wah mydin pun termasuk dalam senarai?
Ya, Mydin Mall termasuk dalam tempat menarik di Jengka kerana felda Jengka tidak banyak pembangunan. Jadi apabila Mydin Mall dibangunkan di sini, ia menjadi tarikan untuk penduduk tempatan.
Boleh dikatakan Mydin Mall Jengka ini adalah kompleks perniagaan paling besar di Jengka. Banyak kedai-kedai yang beroperasi di sini untuk pengunjung mendapatkan barangan keperluan.
Jika anda datang ke Jengka, tak perlulah risau tentang keperluan anda nanti. Anda boleh sahaja singgah di Mydin Mall Jengka untuk membeli keperluan anda!
Penutup – Tempat Menarik di Jengka
Baiklah itu sahaja 7 tempat menarik di Jengka yang dapat CV kongsikan. Semoga ianya bermanfaat untuk anda.
Kita sangat bertuah berada di Malaysia kerana banyak tempat menarik yang boleh kita lawati. Jika anda berhampiran dengan Pahang banyak lagi tempat menarik di Pahang untuk dilawati.
Luangkan masa kita seketika bersama keluarga untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga. Semoga ianya menambahkan kasih sayang kita sekeluarga. Ok jumpa lagi !!
One Comment