5 Masjid Tercantik Di Malaysia
Cantik ialah sesuatu yang subjektif. Ada orang tengok satu perkara cantik, orang lain yang tengok tak cantik. Jadi hari ini CV nak share 5 masjid tercantik di Malaysia mengikut pandangan CV sendiri.
Ada orang kata masjid tu cantik bila ada amalan dalam masjid tu. Bukan terletak pada luaran. Tak kisah lah. Hari ni CV share masjid tercantik di Malaysia mengikut pandangan luaran.
Ok jom kita jalan-jalan melihat 5 masjid tercantik di Malaysia.
#1 Masjid Kristal, Kuala Terengganu, Terengganu
Pertama sekali kita akan pergi ke Terengganu. Nanana ganu kite. Masjid yang tercantik bagi CV adalah…. Masjid Kristal.
Masjid ini terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Ia diberi nama Masjid Kristal kerana ianya diperbuat dari besi, kaca, dan kristal.

Tengok dari jauh lagi dah nampak berkilau-kilau oleh kristalnya. Memang sangat cantik. Kalau datang waktu malam lagi syok. Boleh nampak terang-benderang masjid dengan pantulan cahaya pada besi dan kristal masjid.
Masjid Kristal ini terletak di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Masjid ini bina pada tahun 2006 dan boleh menempatkan sehingga 1500 jemaah pada satu-satu masa.
#2 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Yang kedua ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nama masjid ini diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Ada orang panggil Masjid Besi. Masjid ini dipanggil masjid besi kerana ianya dibina dengan menggunakan 6000 tan besi iaitu hampir 70% dari bahan binaan. Selebihnya ialah menggunakan konkrit. Sebab itulah dari jauh saja dah nampak besi yang berkilauan.
Jika anda datang pada waktu malam, lebih lagi indah pemandangan Masjid Besi ini. Kilauan dan limpahan cahaya lampu membuatkan pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang inginkan kedamaian.
Rekabentuk Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin agak unik berbanding masjid-masjid lain. Rekabentuknya tidak mengikut kesenian Arab tetapi mengikut kesenian rekabentuk Jerman dan China. Sebab tu masjid ini tidak mempunyai menara seperti masjid lain.
#3 Masjid Putra, Putrajaya
Masjid ketiga yang pilihan masjid tercantik di Malaysia bagi CV ialah Masjid Putra. Ia juga terletak di Putrajaya. Ianya tidak jauh dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Masjid Putra merupakan ilham Perdana Menteri Malaysia ke-4 & ke-7, Tun Mahathir Mohamad. Ia dinamakan Masjid Putra sempena mengenang jasa Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Alharhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Rekabentuk Masjid Putra ini sangat unik kerana jika dilihat dari jauh ianya seperti terapung-apung di atas air. Masjid ini dikelilingi tasik yang indah dan permai. Rekaan masjid ini diambil dari kesenian Parsi zaman kerajaan Safawi dan digabungkan dengan ciri-ciri moden, kotemporari menggunakan pendekatan sains dan teknologi.
Terdapat juga ilham rekaan dari Mesir untuk pembinaan kubah dan mimbar masjid menambahkan lagi kecantikan Masjid Putra ini.
Masjid ini menjadi tarikan pelancong bukan sahaja dari penduduk Muslim tetapi juga dari kalangan orang bukan Muslim. Jika anda sedang berjalan-jalan di Putrajaya pastikan anda tidak lupa untuk singgah di Masjid Putra.
#4 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

Seterusnya pilihan masjid tercantik di Malaysia ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Ianya terletak di Shah Alam, Selangor.
Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah masjid terbesar di Malaysia dan mempunyai menara masjid tertinggi di Malaysia.
Rekaannya yang berwarna biru dan besar menyerlahkan masjid walaupun dari jarak jauh. Dari jauh lagi anda sudah akan nampak keindahan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri Selangor.
Rekaan Masjid Negeri Selangor ini diambil dari kesenian Islam dan kesenian Melayu. Ia mampu memuatkan 24000 jemaah pada satu masa. Sungguh besar kan?
Banyak kelas pengajian agama dibuat di Masjid Negeri ini. Kemudahan yang disediakan di Masjid ini cukup lengkap menyebabkan banyak aktiviti lain seperti majlis akad, dewan seminar, perpuskaan, dan lain-lain disediakan di sini.
#5 Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

Yang kelima mendapat tempat sebagai masjid tercantik di Malaysia ialah Masjid Zahir. Ianya terletak di Alor Setar, Kedah.
Mengikut sejarahnya, Masjid Zahir dibina pada tahun 1912 bagi menggantikan Masjid Lama. Ia merupakan masjid tertua bagi negeri Kedah. Rekaan masjid ini dibina mengikut kesenian Islam yang sangat kuat pada masa itu.
Masjid ini sangat cantik jika dilihat pada waktu malam. Pantulan cahaya yang berwarna-warni menambahkan lagi kedamaian dan keindahan Masjid Zahir.

Masjid ini dibina atas daya usaha YTM Al Marhum Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahamad Tajuddin Mukarram Syah, yang menjadi Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negeri ketika itu.
Penutup
Begitulah 5 masjid tercantik di Malaysia yang dapat CV kongsikan. Begitu indahnya rumah Allah. Jika kita berpeluang dapat berkunjung ke semua rumah Allah sangatlah bertuah kita.
Baca juga: Masjid Terbesar di Malaysia
Sebenarnya banyak lagi masjid yang cantik di Malaysia. In shaa Allah di masa akan datang, jika ada kesempatan CV akan berkongsi lagi masjid-masjid yang cantik yang boleh anda kunjungi. Jumpa lagi !
2 Comments