tempat menarik di janda baik

11 Tempat Menarik Di Janda Baik [2024] | Memang Syok!

Janda Baik adalah salah satu tempat yang tercantik di Malaysia. Jadi hari ini CV nak kongsikan kepada anda 11 tempat menarik di Janda Baik. Ianya terletak di Bentong, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa lebih kurang 35 minit.

Keadaannya kampung yang masih lagi terjaga rapi menyebabkan ramai yang datang ke sini untuk menenangkan fikiran dari hiruk-pikuk kesibukan kota.

Air sungai di Janda Baik sangat jernih dan terjaga bersih. Banyak tempat-tempat menarik di Janda Baik yang boleh anda kunjungi bersama keluarga untuk bercuti.

Jadi hari ni CV akan bawakan anda untuk mengenali tempat-tempat yang boleh anda kunjungi di Janda Baik.

1. Aman Rimba Private Estate

tempat menarik di janda baik
Aman Rimba Private Estate

Tempat pertama sebagai tempat menarik di Janda Baik ialah Aman Rimba Private Estate. Ianya terletak tidaklah jauh dari pintu masuk Janda Baik. Ya, jangan tak tau, bila anda ke Janda Baik anda akan melalui satu pintu gerbang ‘Selamat Datang’. Di situlah CV panggil sebagai pintu masuk Janda Baik.

Apa yang menarik di Aman Rimba Private Estate? Aman Rimba Private Estate menyediakan 6 villa privasi yang memuatkan 35 orang pada satu-satu masa. Namun menurut pemiliknya, 20 orang adalah bilangan yang sesuai untuk keselesaan.

Diinspirasikan oleh perkampungan tempatan yang menawan pada zaman dahulu, Aman Rimba adalah gabungan indah seni bina tradisional asli dan kemewahan yang halus dan ringkas.

Vila di Aman Rimba lapang dan terang, dengan tingkap besar yang menjemput udara keluar masuk. Kesemua 6 vila menawarkan persekitaran taman, dan setiap vila mempunyai semua kemudahan yang diperlukan – katil yang selesa dibuat untuk tidur yang tenang, ruang tamu yang luas di dalam bilik tempat anda boleh membaca dan berehat, dan beranda yang tenang untuk berehat pada waktu petang.

Semua vila mempunyai bilik mandi air panas yang menawan yang membenarkan cahaya masuk dan penyaman udara jika anda mahu.

Kawasan umum mudah dicapai oleh semua vila dan wifi tersedia untuk mereka yang mesti benar-benar kekal berhubung dengan dunia maya, namun tumbuh-tumbuhan yang subur dan hijau khatulistiwa yang padat memastikan anda dihimpit dalam kedamaian dan ketenangan.

Jom membawa diri dengan menyelam dalam keindahan persekitaran damai di Aman Rimba.

Laman web: https://amanrimba.com/
Alamat: Lot 5487, Kampung Janda Baik, 28750 Janda Baik, Pahang
No telefon: 010-566 2757

2. ABC Camp

ABC Camp

Seterusnya kita akan ke ABC Camp. ABC Camp adalah satu lagi tempat menarik di Janda Baik untuk anda melarikan diri dari kehidupan bandar yang sibuk.

Di ABC Camp anda akan dibawa menikmati kehidupan sebenar kehijauan. Dengan sungai yang cantik sudah cukup membuatkan anda tenang dengan aliran sungai yang indah.

Anda boleh melakukan apa sahaja aktiviti seperti hari keluarga, reunion, dan majlis perkahwinan. Di sini adalah tempat untuk anda menarik nafas dalam-dalam dan berehat bersama keluarga tercinta. Biarkan alam melayani anda untuk mendapat ketenangan maksima.

Web: http://camp-abc.com/
Address: Unnamed Road, Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, 28750 Bentong, Pahang
Phone: 013-388 0158

3. Pulau Santap

Pulau Santap

Okay! Tempat menarik di Janda Baik seterusnya ialah Pulau Santap. Ianya terletak di tengah-tengah Janda Baik. Namanya sahaja Pulau, tetapi sebenarnya bukan pulau. Ia adalah sebuah sungai.

Jika anda belum lagi merancang untuk pergi ke mana-mana chalet, anda boleh terus sahaja ke Pulau Santap. Di sini adalah tempat terbuka. Anda boleh datang pada bila-bila masa untuk mandi dan berkelah. Datang tengah pagi pun boleh tau.hehe

Di kawasan ini boleh kata jadi pusat tumpuan juga kerana ianya berhampiran dengan masjid. Jika nak datang mandi-mandi, bolehlah datang ke Pulau Santap ini.

Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Masa: Dibuka 24 jam
No Telefon: 03-5162 5554

4. Cheringin Hill Janda Baik

Cheringin Hill Janda Baik

Ok seterusnya kita ke Cheringin Hill Janda Baik. Ia terletak di kawasan bukit di Janda Baik. Jadi ia suatu tempat yang wajib anda pergi! Jika anda ingin mencari pemandangan yang sangat cantik, Cheringin Hill Janda Baik adalah tempatnya. Sebab itu ia termasuk dalam senarai tempat menarik di Janda Baik.

Cuacanya sungguh sejuk dan nyaman. Jika nak rasa suasana sejuk seperti di Cameron, Cheringin Hill adalah resort yang patut anda pilih.

Di sini juga terdapat kemudahan untuk anda mengadakan aktiviti seperti bersukan, memanah, dan menembak. Sangat seronok jika anda ingin adakan perkhemahan.

Terdapat juga kawasan di sini untuk anda melihat ternakan kampung seperti arnab, itik, dan landak. Ala-ala suasana kampung gitu.

Jadi jom, isi masa anda di Cheringin Hill Janda Baik untuk menenangkan fikiran ke tahap maksima!

Web: https://www.cherenginhills.com/
Alamat: Lot 5540 & 5936, 28750, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
No telefon: 09-233 0999

5. Le’ Manah Retreat

Le’ Manah Retreat

Sekarang kita pergi pula ke Le’ Manah Retreat. Satu lagi tempat menarik di Janda Baik untuk anda masukkan ke dalam wishlist anda.

Le’ Manah Retreat ini sesuai jika anda ingin adakan perjumpaan berkumpulan beramai-ramai. Di sini disediakan peralatan untuk berhibur seperti set karaoke untuk peserta.

Terdapat juga kawasan untuk beriadah seperti kolam ikan, gelanggan tenis dan badminton. Sambil-sambil berehat tu, boleh juga beriadah seketika.

Kawasan yang lapang membolehkan anda mengadakan perjumpaan secara beramai-ramai. Lepaskan diri dari kesibukan kerja seketika untuk berehat di Le’ Manah Retreat.

Web: https://www.le-manah-retreat.com/
Alamat: Lorong Belia 1, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: 019-280 0611

6. Suria Hills Country House

Suria Hills Country House

Tempat menarik di Janda Baik yang seterusnya adalah Suria Hill Country House. Ianya sebuah resort yang sangat indah.

Jika anda ingin mencari keselesaan di dalam kampung, Suria Hill Country House patut menjadi pilihan anda. Di sini tempatnya begitu selesa dengan design moden yang kemas.

Anda seperti menginap di dalam sebuah hotel indah di dalam sebuah kampung. Bagi yang ingin mencari kerehatan seketika, bolehlah datang ke Suria Hill Country House.

Ia juga sesuai untuk anda mengadakan perjumpaan untuk membincangkan urusan kerja kerana di sini disediakan tempat untuk bermesyuarat. Dengan kelengkapan yang lengkap ia dapat membantu proses mesyuarat anda.

Alamat: lot 8567, Kampung Janda Baik, 28700 Mukim Bentong, Pahang
No Telefon: 09-233 0003

7. Saufiville Boutique Resort – tempat menarik di Janda Baik

Saufiville Boutique Resort

Ok sekarang kita nak pergi Saufiville Boutique Resort. Ha dengar nama sahaja dah teruja kan? Ya betul, ini adalah tempat menarik di Janda Baik ini.

Saufiville Boutique Resort adalah antara resort tercantik di Janda Baik. Jika anda berniat untuk mandi kolam sambil melihat pemandangan gunung, di sini adalah tempatnya.

Saufiville Boutique Resort menyediakan kolam untuk anda bermandi-mandi dengan pemandangan yang betul-betul di atas bukit. Anda boleh melihat pemandangan yang indah sambil mandi atau berehat di anjung kolam renang.

Di sini juga terdapat taman bunga yang sungguh wangi untuk anda bersarapan sambil menikmati keindahan bau bunga-bungaan.

Jika anda ingin mendapat ketenangan yang sebenar, Saufiville Boutique Resort patut menjadi pilihan anda.

Web: https://www.saufiville.my/
Alamat: Kampung Chemperuh Janda Baik
No Telefon: 017-279 8003

8. 101 Resort & Spa

101 Resort & Spa

Baik sekarang jom kita ke 101 Resort & Spa. Resort ini juga termasuk dalam senarai tempat menarik di Janda Baik. Ianya terletak di berhampiran Pulau Santap, Janda Baik.

Jika anda ingin mencari resort mewah dengan rekaan kampung, 101 Resort & Spa adalah jawapannya. 101 Resort & Spa adalah suatu resort yang mewah dan kemas.

Anda boleh merasai ketenangan dan keselesaan yang maksima apabila berada di sini. Selain berada berdekatan dengan sungai untuk bermandi-manda, kemudahannya lengkap untuk anda berehat sepanjang hari di dalam bilik.

Web: http://101resort.com.my/
Alamat: Ashida Villa, Lot 5303, Kampung Janda Baik, Pulau Santap, Pahang, 28750 Bentong
No Telefon: 09-233 0031

9. D’Villa Janda Baik

D’Villa Janda Baik

Satu lagi tempat menarik di Janda Baik adalah D’Villa Janda Baik. Ianya terletak di atas bukit di kawasan Janda Baik.

Rekaan vila ini adalah rekaan kampung yang indah. Vila yang besar dan selesa ini sesuai untuk anda berehat dan melapangkan fikiran dari kesesakan kota.

Pada pagi hari, anda boleh duduk di anjung rumah sambil menyaksikan matahari terbit dari vila. Ianya sungguh menenangkan jiwa untuk anda bebas dari segala kesibukan. Udara yang segar dan nyaman bakal membuai anda sehingga fikiran akan berasa sungguh tenang.

Web: https://playmanagement.com.my/d-villa/
Address: A319, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Phone: 012-727 8319

10. Seri Pengantin Resort

Seri Pengantin Resort

Bagi anda yang cintakan flora dan fauna, Seri Pengantin Resort patut menjadi pilihan anda. Di sini adalah tempat di mana anda bebas untuk berinteraksi dengan alam. Memang patut ia dimasukkan dalam senarai tempat menarik di Janda Baik.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan di sini seperti menaiki ATV, menjelajah hutan, dan berenang. Seri Pengantin Resort menyediakan kolam renang yang luas untuk anda berenang sepuas-puasnya.

Resort ini sesuai untuk dijadikan tempat aktiviti berkumpulan atau mengadakan perbincangan kerja. Kemudahan yang lengkap membantu anda menguruskan peserta yang ramai.

Web: http://www.seripengantinresort.com.my/
Address: Lot 686, Kg.Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Phone: 03-4270 1700

11. D’ark Resort

D’ark Resort

Yang terakhir pada kali ini ialah kita akan pergi ke D’ark Resort. Tempat yang anda boleh datang pada bila-bila masa. Sudah tentu ia termasuk dalam senarai tempat menarik di Janda Baik.

D’ark Resort terletak di Pulau Santap. Anda boleh menempah bilik di sini dan bermandi-mandi di Pulau Santap kerana jarak yang sangat hampir.

Di sini sesuai dijadikan tempat perkhemahan kerana terdapat kawasan luas untuk didirikan khemah. Anda boleh menikmati keindahan alam bersama keluarga jika anda berada di sini.

Tak perlu risau tentang keselamatan kerana kawasan di adalah kawasan awam dan mudah untuk berhubung dengan masyarakat setempat.

Alamat: 1, Janda Baik Batik, Kampung Janda Baik, Pahang, 28750 Bentong
No telefon: 09-233 0193

Penutup

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Janda Baik ini yang boleh dijadikan pilihan. Cukuplah 11 tempat menarik di Janda Baik yang dapat admin kongsikan kali ini.

Apa pun pilihan anda, admin pasti anda tidak akan menyesal datang ke Janda Baik. Tidak banyak tempat di Malaysia yang masih terjaga dengan rapi seperti di Janda Baik ini. Oleh itu, gunakan kesempatan yang anda untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Masa yang ada begitu berharga untuk disia-siakan begitu saja. Tak gitu? 🙂
Baik, sampai sini saja kali ini. Sekian.

Similar Posts