Gunung Kinabalu

7 Gunung Tertinggi Di Malaysia Yang Awesome

Hari ini CV nak kongsikan kepada anda semua 7 gunung tertinggi di Malaysia. Buat peminat-peminat sukan dakian, pasti anda ingin mengetahui gunung yang tertinggi di Malaysia ini.

Okay jom kita kenali satu persatu gunung tertinggi di Malaysia.

#1 Gunung Kinabalu

gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Malaysia. Ianya terletak di negeri Sabah Negeri di bawah bayu.

Dengan ketinggian 4,095 meter dari aras laut, ia dicatat sebagai puncak tertinggi di Malaysia.

Gunung Kinabalu adalah sebuah gunung pluton yang terletak di daerah Kundasang, Ranau, Sabah. Sebuah daerah yang begitu aman dan permai.

Jika anda teringin untuk merasai suasana seperti di New Zealand, di sinilah tempatnya. Anda dapat menjumpai banyak pokok-pokok dan lembu yang menyerupai New Zealand.

Gunung Kinabalu bukan sahaja merupakan puncak tertinggi di Malaysia malah ia merupakan puncak tertinggi di Asia Tenggara. Ia menjadi lambang kemegahan rakyat Sabah yang mengganggap gunung ini dapat memberi semangat juang dan satu padu rakyat Sabah.

#2 Gunung Trusmadi

gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Trusmadi

Gunung kedua yang tertinggi di Malaysia ialah Gunung Trusmadi. Gunung Trusmadi juga terletak di Sabah.

Ketinggian Gunung Trusmadi ialah 2,642 meter dari aras laut. Ia terletak di daerah Tambunan, Sabah.

Apa yang special di Gunung Trusmadi ini ialah banyak flora yang tumbuh di sini sangat jarang ditemui. Sebagai contoh Nepenthes Macrophylla atau dipanggil periuk kera oleh masyarakat Melayu.

#3 Gunung Tambuyukon

gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Tambuyukon

Seterusnya gunung tertinggi di Malaysia yang ketiga ialah Gunung Tambuyukon. Gunung Tambuyukon juga terletak di Sabah dengan ketinggian 2,579 meter dari aras laut.

Gunung Tambuyukon ini terbentuk di atas banjaran Crocker yang mana ianya berada di daerah Ranau.

Ianya sekaligus berhampiran dengan Gunung Kinabalu. Gunung Tambuyukon ini termasuk dalam gazet kawasan hutan simpan Taman Negara Kinabalu.

Apa yang special di Gunung Tambuyukon ini ialah ia berhampiran dengan penjuru pertembungan tiga buah daerah iaitu daerah Ranau, Kota Marudi, dan Kota Belud.

Jadi jika anda datang ke sini, anda berpeluang untuk melihat ketiga-tiga buah daerah melalui puncak gunung. Ia pastinya sesuatu yang menarik.

Di Gunung Tambuyukon juga terdapat banyak flora yang tergolong dalam spesies herba yang mempunyai nilai tinggi dalam perubatan tradisional. Ia sesuatu yang sangat bernilai buat negeri Sabah.

#4 Gunung Murud

gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Murud

Gunung tertinggi di Malaysia yang keempat ialah Gunung Murud. Gunung Murud terletak di negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

Dengan ketinggian 2,422 meter dari aras laut, ia dicatat sebagai gunung keempat tertinggi di Malaysia.

Gunung Murud merupakan sebuah gunung batu pasir tertinggi di Sarawak. Dikatakan orang yang pertama berjaaya mendaki ke puncaknya adalah seorang ahli zoologi ethnoographer, Eric Mjoherg pada tahun 1922.

Di Gunung Murud juga terdapat flora dan bunga-bungaan yang cantik. Spesies periuk kera juga boleh dijumpa di Gunung Murud ini.

#5 Gunung Mulu

gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Mulu

Seterusnya gunung tertinggi di Malaysia ialah Gunung Mulu. Gunung Mulu juga terletak di negeri Sarawak.

Ketinggian Gunung Mulu ialah 2,371 meter dari aras laut. Gunung Mulu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, Hutan Dipterokarp Atas, Hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Mulu merupakan puncak tertinggi di Taman Negara Mulu. Gunung Mulu istimewa kerana memiliki susunan batu yang cantik dan gua-gua bersejarah.

#6 Gunung Tahan

gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Tahan

Seterusnya gunung tertinggi di Malaysia yang keenam ialah Gunung Tahan. Gunung Tahan terletak di negeri Pahang Darul Makmur.

Ketinggian Gunung Tahan ialah 2,187 meter dari atas laut. Ia merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Anda akan dapat melihat banyak tumbuhan kanopi yang terdapat di Gunung Tahan.

Gunung ini juga menjadi titik sempadan bagi negeri Pahang dan Kelantan. Anda akan dapat melihat 2 buah negeri dari puncak Gunung Tahan.

#7 Gunung Korbu

gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Korbu – Kredit: Gunung Bagging

Gunung tertinggi di Malaysia yang ketujuh ialah Gunung Korbu. Gunung Korbu terletak di negeri Perak Darul Ridzuan.

Ketinggian Gunung Korbu ialah 2,183 meter dari aras laut. Ia direkod sebagai gunung ketujuh tertinggi di Malaysia.

Gunung Korbu merupakan puncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa yang juga merupakan banjaran yang terpanjang di Malaysia.

Menurut sejarahnya nama Gunung Korbu diambil dari perkataan kerbau. Korbu digunakan oleh orang asli Sakai, yang mendiami gunung dan bukit di Kelantan dan Perak.

Penutup – Gunung Tertinggi di Malaysia

Begitulah 7 gunung tertinggi di Malaysia yang dapat CV kongsikan. Sebenarnya banyak lagi gunung-gunung yang terdapat di Malaysia yang boleh anda daki.

7 gunung ini sahaja sudah cukup mencabar. Jika anda dapat menjejaki ketujuh-tujuh gunung ini, anda memang awesome. Apa pun semasa mendaki pastikan keselamatan diutamakan.

Ingatlah orang yang tersayang di rumah. Membetulkan setiap niat kita mendaki gunung untuk melihat dan merenung keagungan ciptaan Tuhan. Baik sampai di sini dulu perkongsian CV kali ini. Jumpa lagi !

Similar Posts

7 Comments

  1. Good day! Do you know if they make any plugins to help
    with Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog
    to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very
    good gains. If you know of any please share.
    Thanks! You can read similar art here: Najlepszy sklep

  2. Hello! Do you know if they make any plugins to help with SEO?
    I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but
    I’m not seeing very good gains. If you know of any please share.
    Cheers! You can read similar text here: Sklep online

  3. Howdy! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine
    Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m
    not seeing very good results. If you know of any please share.
    Appreciate it! You can read similar text here: Sklep internetowy

  4. Hello there! Do you know if they make any plugins to assist with Search Engine
    Optimization? I’m trying to get my website to rank for some targeted keywords
    but I’m not seeing very good success. If you know of any please share.
    Many thanks! I saw similar article here: Auto Approve List

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *