Pantai Balok

23 Tempat Menarik di Kuantan (2024) | Pilihan Terbaik !

Anda mencari tempat menarik di Kuantan? Hari ni CV nak bawa anda berjalan-jalan ke Kuantan. Ok jom kita lawat satu-persatu!

#1 Pantai Balok

Pantai Balok - Tempat Menarik di Kuantan

Tempat pertama yang CV nak bawa anda ialah Pantai Balok. Pantai Balok terletak di Balok, Kuantan. Jika anda menghala ke Cherating mengikut jalan pantai, pasti anda akan bertemu dengan Balok.

Apa yang menarik di Pantai Balok ialah pantainya yang sangat bersih dan cantik. Di sini terdapat pondok-pondok yang disediakan khas untuk pengunjung.

Anda juga boleh menyewa pondok mini dengan sistem pendingin hawa yang disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK). Bilik ini betul-betul di hadapan pantai. Jadi ianya sangat sesuai untuk anda berehat bersama-sama anak-anak di tepi pantai.

#2 Bukit Gambang Resort City

Bukit Gambang Resort City - Tempat Menarik di Kuantan

Tempat menarik di Kuantan yang kedua ialah Bukit Gambang Resort City. Ianya terletak di Gambang, Kuantan.

Apa yang best di sini ialah taman tema air. Sangat sesuai untuk bawa anak-anak ke sini.

Selain taman tema air, terdapat juga mini zoo untuk pengunjung di Bukit Gambang Resort City ini.

Pasti anak-anak sangat seronok jika datang ke tempat seperti ini.

#3 Pantai Cherating

Pantai Cherating - Tempat Menarik di Kuantan

Tempat menarik di Kuantan yang seterusnya ialah Pantai Cherating. Pantai Cherating terletak di Cherating, Kuantan.

Yang best kat sini ialah pantainya yang sangat cantik. Struktur persisiran pantainya yang halus sangat seronok buat pengunjung.

Pantai Cherating ini bukan sahaja menarik pengunjung tempatan malah pengunjung dari luar negara juga datang ke sini untuk berehat-rehat di tepi pantai.

#4 Telok Cempedak

Telok Cempedak - Tempat Menarik di Kuantan

Seterusnya CV nak bawa anda ke Telok Cempedak. Telok Cempedak adalah salah satu tempat menarik di Kuantan.

Jika anda datang ke Kuantan, anda wajib datang ke Telok Cempedak. Di sini adalah antara satu tarikan ramai pengunjung di Kuantan.

Apa yang menarik di sini ialah banyak pertunjukan yang diadakan seperti silap mata, pertunjukan api, maskot animasi dan sebagainya.

Anak-anak pasti seronok beriadah sambil menyaksikan keindahan alunan ombak di tepi pantai.

#5 Air Terjun Sungai Pandan

Air Terjun Sungai Pandan - Tempat Menarik di Kuantan

Seterusnya tempat menarik di Kuantan ialah Air Terjun Sungai Pandan.

Air Terjun Sungai Pandan ini terletak di Gambang, Kuantan. Jika anda menghala ke Ulu Tembeling, pasti anda akan bertemu dengan Air Terjun Sungai Pandan.

Yang bestnya di sini airnya sangat bersih. Kawasannya terjaga dengan fasiliti lengkap.

Jika anda ingin datang merehatkan minda dengan mandi air bersih dan segar, Air Terjun Sungai Pandan adalah tempatnya.

Bagi anda yang sukakan air sungai, di sini tempat yang boleh anda datang.

#6 Mangala Resort & Spa

Mangala Resort & Spa - Tempat Menarik di Kuantan

Seterusnya kita nak ke Mangala Resort & Spa. Di sini adalah satu lagi tempat menarik di Kuantan yang patut anda ketahui.

Apa yang bestnya di sini ialah resort ini menyediakan chalet yang privasi. Anda boleh mandi swimming pool di kawasan yang tertutup.

Bagi anda yang sukakan privasi, Mangala Resort & Spa ini patut menjadi pilihan anda.

#7 Pantai Pelindung

Pantai Pelindung - Tempat Menarik di Kuantan

Seterusnya kita akan pergi ke Pantai Pelindung. Pantai Pelindung ini terletak di Beserah, Kuantan.

Jika anda ingin pantai yang nyaman dan menyegarkan, Pantai Pelindung patut menjadi pilihan anda.

Pantai di sini sangat bersih. Anda boleh meluangkan masa bermandi-manda di pantai bersama anak-anak di sini.

Pantai di sini agak tersorok, tak ramai pengunjung berbanding pantai-pantai lain yang berada di Kuantan.

Jadi buat anda yang inginkan sedikit privasi, Pantai Pelindung boleh menjadi pilihan anda.

#8 Masjid Sultan Ahmad Syah 1 (Masjid Negeri)

Masjid Sultan Ahmad Syah 1 (Masjid Negeri) - Tempat Menarik di Kuantan

Setelah puas berjalan-jalan, ada satu lagi tempat menarik di Kuantan yang patut anda lawati iaitu Masjid Sultan Ahmad Syah 1.

Masjid ini menjadi pilihan tempat menarik di Kuantan kerana ianya adalah masjid negeri bagi negeri Pahang.

Buat anda yang ingin melihat keindahan Masjid di Kuantan, Masjid Sultan Ahmad Syah 1 adalah tempat yang patut anda lawati.

Di sini terdapat ruang-ruang khas untuk anda berehat-rehat sambil melaksanakan ibadah solat.

#9 Santuari Penyu Cherating – Tempat Menarik di Kuantan

Santuari Penyu Cherating - Tempat Menarik di Kuantan

Seterusnya kita akan pergi Santuari Penyu Cherating. Ianya terletak di Jalan Kuantan-Kemaman, Bukit Cherating, Kuantan.

Jika anda menghala ke Terengganu, akan akan bertemu dengan Santuari Penyu Cherating bersebelahan dengan Club Med Cherating.

Santuari Penyu Cherating menjadi tempat menarik di Kuantan kerana anda boleh membawa anak-anak melihat tempat pembiakan penyu.

Ini akan menambahkan lagi pengalaman anak-anak untuk melihat sendiri bagaimana pembiakan penyu ini dilakukan.

Buat anda yang inginkan pengalaman berbeza, datanglah ke Santuari Penyu Cherating ini.

#10 Swiss Garden Beach Resort

Swiss Garden Beach Resort - Tempat Menarik di Kuantan

Seterusnya tempat menarik di Kuantan ialah Swiss Garden Beach Resort.

Ia terletak di Sungai Karang, Kuantan.

Swiss Garden Beach Resort menjadi salah satu tempat menarik kerana resort ini berhadapan dengan pantai.

Jadi sangat seronok jika anda dapat menginap di sini sambil menyaksikan keindahan pantai.

#11 Kuantan River Cruise

Kuantan River Cruise - Tempat Menarik di Kuantan

Seterusnya kita akan pergi ke Kuantan River Cruise. Satu pengalaman yang berbeza.

Kuantan River Cruise ialah pengalaman menaiki bot mengelilingi bandar Kuantan.

Perjalanan Kuantan River Cruise akan menyusuri bandar Kuantan, perkampungan nelayan, dan melalui pokok bakau.

Ianya pasti menjadi pengalaman yang sungguh hebat buat anda yang inginkan kelainan.

#12 Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam - Tempat Menarik di Kuantan

Seterusnya kita ke Pantai Batu Hitam. Ia terletak kawasan Beserah, Kuantan.

Pantai Batu Hitam juga pantai yang bersih dan cantik. Di tepi-tepi pantai ada disediakan tempat duduk untuk berehat-rehat.

Terdapat juga gerai keropok lekor di tepi pantai. Bagi penggemar keropok lekor, wajib datang ke Pantai Batu Hitam ini.

#13 Muzium Seni Pahang

Muzium Seni Pahang - Tempat Menarik di Kuantan

Tempat menarik di Kuantan yang seterusnya ialah Muzium Seni Pahang. Ia terletak di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang.

Apa yang menarik di sini ialah di sini terdapat pameran hasil seni yang sungguh indah.

Bagi mereka yang cintakan seni, Muzium Seni Pahang adalah tempat yang patut anda lawati.

Pelbagai karya seni yang sangat indah dipamerkan di sini. Anda berpeluang untuk melihat sendiri keindahan karya seni dari seluruh negeri.

#14 Mini Zoo Teruntum

Mini Zoo Teruntum - Tempat Menarik di Kuantan

Dah puas mandi kita ke Mini Zoo pula. Mini Zoo Park terletak berhampiran Bandar Kuantan. Berdekatan dengan Pantai Telok Cempedak.

Apa yang ada di Mini Zoo? Anda boleh lihat beberapa haiwan yang jarang ditemui seperti buaya, rusa, burung unta, dan macam-macam lagi.

Walaupun tidak terlalu banyak haiwan, namun ianya sudah memadai untuk menggembirakan anak-anak yang datang.

#15 Taman Esplanade Kuantan

Taman Esplanade Kuantan - Tempat Menarik di Kuantan

Taman Esplanade Kuantan menjadi salah satu tempat menarik di Kuantan adalah kerana suasana di waktu malam.

Taman Esplanade Kuantan ini disediakan laluan pejalan kaki yang terletak di tepi Sungai Kuantan sepanjang 1 kilometer.

Jika anda datang ke sini pada waktu malam, anda akan dapat melihat ramai pengunjung yang berehat-rehat di tepi sungai.

Sambil minum-minum di tepi sungai, anda dapat menenangkan fikiran seketika sambil menyaksikan keindahan Sungai Kuantan.

#16 Menara Kuantan 188

Tempat menarik di Kuantan - Tempat Menarik di Kuantan

Seterusnya kita ke Menara Kuantan 188. Menara Kuantan 188 merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Ianya terletak di dalam bandar Kuantan berhampiran Sungai Kuantan.

Menara ini siap dibina pada September 2020, Menara Kuantan 188 menjadi tarikan pengunjung di Kuantan dengan ketinggian 92 meter dari atas tanah. Apa yang bestnya di sini pengunjung boleh menikmati 360 darjah bandar Kuantan.

Jika anda mencari tempat menarik di Kuantan, pastikan anda tidak ketinggalan untuk berkunjung ke Menara Kuantan 188 ini. Anda yang suka kepada aktiviti lasak juga berpeluang untuk mendaki tiang pada ketinggian 160 meter di puncak keluli setinggi 66 meter.

#17 Natural Batik Village

Natural Batik Village - Tempat Menarik di Kuantan

Seterusnya tempat menarik di Kuantan ialah Natural Batik Village. Ianya terletak di Kg Chengal Lempung, Kuantan.

Natural Batik Village ini ialah satu tempat yang boleh anda lawati untuk melihat proses pembuatan kain batik.

Daripada proses kepompong sehinggalah terhasilnya kain batik. Pasti menarik minat anak-anak bukan.

Anak-anak juga berpeluang untuk melukis sendiri di atas kain. Di sini anak-anak boleh menunjukkan bakat masing-masing dalam penghasilan seni yang cantik.

Jadikan pengalaman dan belajar cara-cara untuk memproses kain batik dengan cara tradisional.

#18 Petrosains Play Smart Kuantan

Petrosains Play Smart Kuantan - Tempat Menarik di Kuantan

Satu lagi tempat menarik di Kuantan yang patut anda pergi ialah Petrosains Play Smart Kuantan.

Petrosains ini terletak di dalam bangunan Perpustakaan Awam Kuantan di Bandar Kuantan.

Di Petrosains ini memang seronok untuk anak-anak. Pelbagai aktiviti sains yang menarik seperti pengalaman menaiki pesawat, bermain mindgame, bermain kereta lumba, susun kotak dan sebagainya.

Pasti anak-anak teruja dan tak mahu balik jika berada di sini. Sesuai untuk bermain dan menguji minda anak-anak dengan permainan sains.

#19 Gua Charas

Gua Charas - Tempat Menarik di Kuantan

Bagi mereka yang sukakan aktiviti mencabar, Kuantan juga mempunyai satu tempat menarik yang boleh anda lawati iaitu Gua Charas.

Gua Charas ini terletak lebih kurang 25km dari bandar Kuantan iaitu di Panching, Sungai Lembing.

Gua Charas ini berada kira-kira 1000 meter di atas paras laut. Jadi jika anda nak sampai ke Gua Charas ini anda perlu mendaki sedikit.

Buat anda yang masih sihat dan kuat, boleh datang ke Gua Charas untuk menikmati pemandangan flora dan fauna di sana.

#20 Taman Tasik Bandar Kuantan

Taman Tasik Bandar Kuantan

Seterusnya tempat menarik di Kuantan ialah Taman Tasik Bandar Kuantan. Ianya terletak di Indera Mahkota, Kuantan.

Taman Tasik Bandar Kuantan ini menjadi tarikan kepada pengunjung kerana di sini disediakan track untuk berjoging dalam jarak yang panjang.

Jadi jika anda ingin mendapatkan udara yang segar, boleh lah datang bersiar-siar di Taman Tasik Bandar Kuantan ini.

Di tengah-tengah taman ini terdapat tasik yan cantik. Terdapat juga aktiviti seperti sukan kayak, bot gergasi, dan bot kayuh disediakan oleh pihak MBK dengan harga yang berpatutan.

#21 Air Terjun Berkelah

Air Terjun Berkelah - Tempat Menarik di Kuantan

Seterusnya tempat menarik di Kuantan ialah Air Terjun Berkelah. Air Terjun Berkelah terletak di Gambang, Kuantan.

Jarak dari bandar Kuantan kira-kira 45 km menghala ke Maran.

Apa yang best di sini ialah air sungainya yang sangat bersih. Anda boleh bermandi-manda di sini.

Di sini terdapat pemandangan air terjun yang sangat indah. Air terjun yang pasti memukau pandangan anda.

Namun untuk berada di sini, anda perlu berhati-hati kerana di sini tidak ada pengawasan yang ketat. Elakkan datang ke tempat ini jika cuaca tidak mengizinkan.

#22 Muzium Sungai Lembing

Tempat menarik di Kuantan - Tempat Menarik di Kuantan

Seterusnya kita akan pergi ke Muzium Sungai Lembing. Muziam ini terletak di Sungai Lembing, Kuantan.

Di sini anda boleh melihat sejarah yang ada di negeri Pahang.

Antara sejarah yang ada ialah proses perlombongan bijih timah Sungai Lembing.

Kawasan ini juga pernah dijadikan markas tentera oleh tentera British suatu ketika dulu.

Jadi boleh lah menyelami sedikit sebanyak sejarah tentang negara Malaysia pada zaman British dahulu.

#23 Pantai Sepat

Tempat menarik di Kuantan - Tempat Menarik di Kuantan

Kita pergi pula ke Pantai Sepat. Ia terletak di kawasan Tanjung Lumpur iaitu di Kg Kempadang. Jika dari bandar Kuantan akan mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Apa yang menarik di Pantai Sepat? Selain ada pantai yang cantik dan bersih, Pantai Sepat dipenuhi dengan gerai-gerai yang pelbagai.

Pada hari tertentu, anda berpeluang untuk menaiki kuda yang disediakan. Sambil beristirehat sambil bersuka-ria dengan anak-anak.

Penutup – Tempat Menarik di Kuantan

Begitulah 23 tempat menarik di Kuantan yang dapat CV kongsikan. Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Baca juga: Tempat makan best di Kuantan

Bagi anda yang sedang mencari tempat menarik di Kuantan untuk dilawati, boleh lah pergi ke salah satu tempat yang CV kongsikan tadi. Jumpa lagi!

Similar Posts

14 Comments

  1. Wow, incredible blog structure! How lengthy have you
    been running a blog for? you made running a blog look easy.
    The overall glance of your site is excellent, as well as
    the content! You can see similar here ecommerce

  2. Hi there! Do you know if they make any plugins to assist with
    Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good
    gains. If you know of any please share. Kudos!
    You can read similar art here: Ecommerce

  3. Howdy! Do you know if they make any plugins to assist with Search
    Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not
    seeing very good gains. If you know of any please share. Cheers!
    You can read similar art here: Sklep online

  4. Hi, i read your blog occasionally and i own a similar
    one and i was just wondering if you get a lot of spam feedback?
    If so how do you stop it, any plugin or anything you can suggest?

    I get so much lately it’s driving me insane so any assistance
    is very much appreciated.

    My web-site; vpn coupon code 2024

  5. Hey there! Do you know if they make any plugins to assist
    with Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but
    I’m not seeing very good success. If you know of any please share.
    Cheers! You can read similar art here: Scrapebox AA List

  6. Hello there, just became aware of your blog through Google, and found that it’s truly
    informative. I’m gonna watch out for brussels. I will
    appreciate if you continue this in future. Many people will be benefited from your writing.

    Cheers!

    Feel free to surf to my blog post – vpn 2024

  7. Heya this is kind of of off topic but I was wondering if blogs use WYSIWYG editors
    or if you have to manually code with HTML.
    I’m starting a blog soon but have no coding experience so I wanted to get guidance from someone with experience.
    Any help would be greatly appreciated!

    my blog – vpn special

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *