5 Menu Menarik Di Lemang Toki | Confirm best !
Ada yang mencari Lemang Toki? Jom CV bawak anda berjalan-jalan ke Lemang Toki !
Lemang Toki ada 3 cawangan:
- Lemang Toki Chamang (yang paling femes)
- Lemang Toki Benus
- Lemang Toki Sungai Buloh
Sebelum CV cerita satu persatu tentang Lemang Toki. CV nak isikan maklumat tentang ketiga-tiga cawangan ini supaya mudah untuk anda datang ke sini.
#1 Lemang Toki Bentong
Alamat: | Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang |
Waktu perniagaan: | 8am – 7pm |
No Telefon: | 016-953 0544 |
Lokasi: | https://goo.gl/maps/zeqTsG8oErWrXB5V6 |
#2 Lemang Toki 2 Benus
Alamat: | No.1 Lot 331 batu 2 1/2 jalan karak, Benus, Bentong. |
Waktu perniagaan: | 8am – 7pm |
Lokasi: | https://goo.gl/maps/uaN8vNBqCXGd2RDBA |
#3 Lemang Toki Sungai Buloh
Alamat: | 50, Jalan DC 4/5, Desa Coalfields, 47000 Sungai Buloh, Selangor |
Waktu perniagaan: | 1 tengahari – 10 malam |
No telefon: | 011-1799 7146 |
Lokasi: | https://goo.gl/maps/AqkDRekpd14fkZD67 |
Okay sesiapa yang nak datang Lemang Toki, boleh gunakan maklumat tersebut okay! Sekarang jom CV cerita satu-persatu cawangan Lemang Toki ini.
#1 Lemang Toki Chamang
Cawangan kedai di Chamang ini adalah yang pertama ditubuhkan. Dulu kedai kecil sahaja. Sekarang dah jadi besar.
Cawangan di Chamang inilah yang menjadi tarikan pengunjung dari seluruh negara. Ada yang datang naik helikopter lagi semata-mata nak makan lemang di sini tau
Pengalaman CV sendiri ketika makan di sini, kena beratur panjang untuk dapatkan tempahan lemang. Lebih-lebih kalau musim raya, mungkin kena beratur sampai setengah jam.
Jadi kalau anda nak datang pada musim perayaan, bersiap sedialah ya dengan mental dan fizikal. 😁. Yelah kena beratur panjang kan!
#2 Lemang Toki 2 Benus
Cawangan yang kedua Lemang Toki di Benus. Ia adalah jalan menghala ke Karak. Cawangan di Benus ini adalah alternatif jika ada taknak bersesak di Chamang.
Keadaan kedai di sini agak lengang. Jadi adalah boleh duduk di sini dengan lebih tenang. Pelanggan di sini tidak ramai berbanding di Chamang.
Menu yang disediakan juga hampir sama dengan cawangan di Chamang. Jadi tak perlu risau jika anda nak rasa keenakan lemang yang sebenar.
Resepinya semuanya sama. Hanya suasana saja berlainan. Namun jika musim cuti, tak kurang juga orang berada di sini. Yelah musim cuti ni, mana-mana kedai pun ramai. Namun bagi kedai yang viral pasti lebih sesak lagi.
#3 Lemang Toki Sungai Buloh
Yang ketiga ialah cawangan di Sungai Buloh. Kedai ini terletak di Desa Coffield, Sungai Buloh. Jika anda bergerak dari Bandar Sungai Buloh anda akan melalui Penjara Sungai Buloh.
Jarak antara kedai lemang ini dengan Penjara Sungai Buloh tu memang dekat. Tak sampai 500 meter dah sampai.
Ceritanya hari tu saja berjalan-jalan dengan isteri di KipMall Desa Coffield nak cari nasi kandaq. Lalu kami pun ke KipMall ni sebab ada sebuah kedai mamak di sana. Sampai sana baru perasan ada Lemang Toki Sungai Buloh.
Yang biasa dengar ialah Lemang Toki di Bentong. Rupanya dah ada cawangan baru di Sungai Buloh. Senanglah lepas ni kalau tetiba mengidam nak makan lemang kan?
Pengalaman makan lemang memang takleh lupa. Rasa lemang dia lain dari lain. Memang sedap. Dimakan pula dengan rendang ayam dan daging yang ummphh. Memang meleleh..
5 menu menarik di Lemang Toki
Ini adalah menu-menu utama yang terdapat di Lemang Toki. Anda boleh lah pilih mengikut selera anda.
Jom kita tengok menu menarik di sini!
#1 Lemang Sebatang
Lemang ni kira sebatang. Kalau sorang makan memang tak larat nak habiskan. Kalau 2-3 orang mungkin boleh habiskan dengan sekali makan.
Di sini boleh pilih nak yang besar atau yang kecil. Harga berbeza mengikut pilihan. Yang besar Rm 18. Yang kecil Rm 16. Kalau CV suka yang kecik-kecik. Tak tahu lah kenapa. Nikmat sikit nak ngap kot.
#2 Lemang dengan rendang ayam
Menu yang kedua ialah lemang dengan rendang ayam. Pehhh yang ni memang terliuq. Tengok ni pun cukup dah tak ingat dunia. Memang ngancam sungguh.
Isi ayamnya cukup lembut untuk dimakan. Rasanya sungguh sedap dan secukup rasa. Bagai masakan warisan zaman berzaman. Tak perlu nyanyi lagu raya, makan lemang ini saja sudah cukup raya.
Harganya cuma RM 9.00 sahaja
#3 Lemang dengan rendang daging
Okay menu seterusnya ialah lemang dengan rendang daging. Peminat rendang daging wajib cuba. Rasanya memang menggamit kenangan di pagi raya.
Syok sungguh Abang. Makan hingga menjilat jari. Dagingnya lembut sebab hanya menggunakan daging batang pinang. Bahagian daging yang paling baik lah tu.
Jadi Pakcik Makcik yang dah lama teringin nak makan daging boleh makan tanpa segan silu. Dagingnya dijamin lembut dan mudah dikunyah.
Harganya Rm 9.00 sahaja.
#4 Lemang dengan ayam bakar
Seterusnya ialah lemang dengan ayam bakar. Ni kalau nak kecuq lioq, boleh try makan lemang dengan ayam bakaq. Kecoq lioq weh.
Rasanya cukup-cukup padu ditambah dengan sos asam yang menyengat. Sampai meleleh ke pipi weh. Pastikan tak lupa lap pipi dengan tisu, nampaklah sopan sikit.
Harganya hanya RM 14.00 sahaja
#5 Lemang dengan daging bakar
Dan yang paling padu, lemang dengan daging bakar. Sungguh tak terungkap dengan kata-kata. Kepaduan yang sungguh nyata.
Lemang dengan daging bakar ini jika dimakan, seumpama tidak pernah makan selama setahun. Sungguh menyelerakan. Namun janganlah terlalu gelojoh, ia akan membahayakan tengkok anda.
Harganya RM 19.00 sahaja.
Menarik Tentang Lemang Toki
Yang bestnya di Lemang Toki tak perlu tunggu hari raya baru ada. Tiap-tiap hari pun boleh makan kalau nak. Larat dengan tak larat jelah nak ngadap lemang tiap hari kan.
Harganya juga sangat berpatutan. Bagi CV tidaklah terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah. Sesuai dengan harga dan menu yang ditawarkan.
So, jika korang nak try makan lemang ni boleh datang ke alamat yang CV kongsikan di atas. Siap alamat dan no telefon lagi jika nak buat tempahan.
Penutup
Okaylah, itu sahaja cerita pasal Lemang Toki. Jika ada kelapangan boleh cerita tempat lain. Anda ada tempat menarik nak CV review? Boleh contact CV ya. Boleh CV cuba terjah ke sana pulak.
Baca juga: Tempat Makan Best Di Shah Alam
Okay.. Jumpa lagi!
One Comment
Comments are closed.