15 Tempat Makan Best di Bentong
Anda mencari tempat makan best di Bentong? Hari ni CV nak kongsikan kepada anda semua 15 tempat makan best di Bentong. Pasti anda semua tak sabar nak tahu kedai makan mana yang best di Bentong untuk anda pergi kan?
Okay jom kita lawati satu-persatu! Tempat makan ini adalah menjadi pilihan CV sejak dulu lagi.
#1 Dy&Co. Studio Cafe

Pilihan tempat makan best di Bentong yang pertama ialah Dy&Co. Studio Cafe. Dy&Co. Studio Cafe terletak di Bentong Prima. Bentong Prima ini berdekatan dengan Kg Baru, Bentong.
Ha pasti ramai yang tak pernah dengar kan? Silap-silap orang Bentong pun tak tahu kedai yang superb best ni. Kedai ini kira baru juga dibuka di Bentong.

Jika nak cari Dy&Co. Studio Cafe, anda cari Klinik Haiwan Bentong di belakang Marrybrown Bentong Prima, kemudian anda akan nampak Dy&Co. Studio Cafe terletak di tingkat atas.
Apa yang special di Dy&Co. Studio Cafe ni?
Makanan yang disajikan di sini ialah makanan western. Pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap ada di sini seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Spageti, dan macam-macam lagi.


Shellout pun ada tau! Rasanya sangat sedap dan maveles. Buat peminat makanan western, anda wajib datang ke sini!
Tapi jika anda datang pada hari Jumaat dan Sabtu, kena berhati-hati tau sebab mungkin meja akan penuh. Seeloknya buat tempahan dahulu supaya anda dapat booking meja.
Kalau nak booking boleh whatsapp 017-921 2423 (Pemilik Dy&Co. Studio Cafe).
Google Map: https://goo.gl/maps/TV75teqktte1bXYf9
#2 Restoran Hajra

Okay pilihan tempat makan best di Bentong yang kedua ialah Restoran Hajra. Restoran Hajra ini terletak betul-betul berhadapan dengan Terminal Bentong.
Jika anda dari Kuala Lumpur, restoran ini berada di sebelah kanan. Jika dari Raub, ia berada di sebelah kiri.
Rekabentuk Restoran Hajra ini dari dulu lebih kurang sama je. Tak banyak berubah. Dari CV kecik sampai besar, macam tulah rupa dia.
Restoran Hajra ini special masakan dari Penang. Kalau pagi-pagi anda boleh dapati roti canai dan capati. Kuah dia memang sedap.
Jika sebelah tengahari anda boleh order mee rojak. Memang terbaik mee rojak dia. Kalau cuba sekali pasti nak cuba lagi. Memang sedap!
Restoran Hajra ini antara restoran yang lama di Bentong. Ia telah dibuka sejak tahun 1992 lagi. Maknanya dah hampir 30 tahun. Lama kan? Memang legend restoran ni.
Google Map: https://goo.gl/maps/Qa6saN5FdGRpkg969
#3 Restoran Tawakal

Okay tempat makan best di Bentong yang ketiga ialah Restoran Tawakkal. Restoran Tawakkal ini terletak berhampiran Hospital Bentong.
Kalau dari Kuala Lumpur, restoran ini berada di sebelah kiri. Nak jumpa senang je, jalan hala ke Hospital Bentong, nak dekat sampai hujung T-junction dekat bandar Bentong tu, tengok sebelah kiri nampaklah Restoran Tawakkal ni.
Kedai ini juga agak lama di bandar Bentong. Apa yang special di sini ialah masakan Mamak nya. Roti canai itu dah jadi satu kewajipan. Memang sedap roti canai di sini.

Selain tu ada juga masakan-masakan panas macam Mee Goreng Mamak, Nasi Goreng, dan lain-lain lagi. Ada juga yang special ialah ice-cream pelbagai perisa disediakan. Ini menu baru yang lain daripada lain.
Rekabentuk restoran ini banyak perubahan. Kalau dulu agak sempit, sekarang dah semakin luas. Ada juga bilik khas penghawa dingin jika anda ingin tempat duduk yang lebih selesa.
Google Map: https://goo.gl/maps/CDUnPEKk7eKZY8RF9
#4 Restoran Ramly Burger Bentong

Seterusnya kita akan pergi Restoran Ramly Burger. Ianya terletak di Kuala Repas. Tak jauh dari bandar Bentong. Hanya lebih kurang 2km dari bandar Bentong.
Restoran Ramly Burger ini adalah restoran yang agak baru di bandar Bentong. Ia adalah cawangan francais dari syarikat terkemuka Ramly Burger.
Apa yang special di Restoran Ramly Burger ini ialah anda boleh memesan pelbagai jenis menu seperti burger daging, burger ayam, dan macam-macam lagi.
Bukan setakat beli sahaja, di sini boleh dine-in tak seperti sesetengah cawangan yang lain. Selain anda makan di sini, ada juga disediakan frozen food untuk anda bawa pulang.
Restoran ini sangat bersih dan kemas. Siap dengan penghawa dingin, ia pasti akan memberikan keselesaan kepada setiap pelanggan.
Google Map: https://goo.gl/maps/5A8RUwG4HBwCG8Cv7
#5 Marrybrown Bentong

Tempat makan best di Bentong yang kelima ialah Marrybrown Bentong. Ianya terletak di Bentong Prima iaitu berdekatan Kg Baru.
Marrybrown di sini sangat puas hati. Layanan yang diberikan oleh pekerja di sana sangat baik.
Selain tempatnya kemas dan teratur, anda juga mudah untuk parking kereta. Banyak ruang tempat kereta disediakan untuk anda yang datang dari jauh.
Makanan yang disediakan sedap seperti cawangan lain juga. Bagi peminat Marrybrown boleh datang ke Marrybrown Bentong untuk menjamu selera.
Google Map: https://goo.gl/maps/AoxPf3vVwCBfNHd5A
#6 KFC Bentong

Tempat makan keenam sebagai tempat makan best di Bentong ialah KFC Bentong. KFC Bentong ini terletak di bandar Bentong selepas melalui Terminal Bentong.
Jika anda dari Kuala Lumpur menghala ke bandar Bentong, anda akan jumpa selekoh selepas Terminal Bentong. Di tepi selekoh itulah KFC Bentong.
KFC inilah jadi tempat yang paling eksklusif suatu ketika dulu. Jika nak buat apa-apa event, memang KFC lah tempatnya. Masa tu gerai-gerai fast food ni tak banyak lagi dibuka di Bentong.
Walaubagaimanapun KFC Bentong ini masih lagi menjadi tarikan. Jika anda nak merasa juga fast food di Bentong ini, boleh lah terjah KFC Bentong ini.
Google Map: https://goo.gl/maps/wGNdWZSAP9ikyNidA
#7 Lemang To’ki

Tempat makan best di Bentong yang ketujuh ialah Lemang To’ki. Ianya terletak di Chamang, lebih kurang 2km dari bandar Bentong.
Sebelum ni saya pernah ceritakan tentang Lemang To’ki sebagai salah satu tempat menarik di Bentong. Kalau peminat moto yang suka berkonvoi, pasti kenal sangat dengan tempat ini.
Bukan sahaja terkenal di Bentong, Lemang To’ki terkenal di seluruh Malaysia. Lemang To’ki menjadi tumpuan kerana anda boleh menikmati lemang pada setiap hari.
Bukan tunggu bulan puasa atau raya sahaja, hari-hari biasa juga lemang disediakan bersama dengan rendang. Rasanya sangat sedap dan menyelerakan.
Buat anda penggemar lemang, datanglah ke Lemang To’ki untuk menjamu selera.
Google Map: https://g.page/LemangToki?share
#8 Restoran C.M.K

Okay tempat makan best di Bentong yang seterusnya ialah Restoran C.M.K. Ia terletak di Ketari.
Apa yang special di sini ialah pelbagai jenis makanan mamak disediakan. Buat peminat kedai mamak, anda boleh datang ke sini.

Jika CV datang sini, roti canai double kuah banjir pasti jadi pilihan. Roti canai dan kuah karinya memang sedap berbanding dengan kedai-kedai Mamak di sekitar Bentong.
Kedai ini sangat mudah diakses kerana kedudukan kedai ini terletak berhampiran Petronas Ketari. Jadi mudah nak keluar masuk.
Jika anda nak mudah bergerak, boleh lah singgah di Restoran C.M.K ini.
Google Map: https://goo.gl/maps/RSQVN9gExjiPFSY9A
#9 Medan Selera Kg Baru

Baik! Tempat makan best di Bentong yang seterusnya ialah Medan Selera Kg Baru. Ia terletak berhadapan dengan simpang masuk Kg Baru.
Sebenarnya medan selera ini banyak kedai. CV sengaja masukkan medan selera kerana kedai makan di sini satu baris yang panjang.
Macam-macam kedai anda boleh cuba. Nasi campur, nasi lemak, roti canai, mee rojak, mee bandung, mee kari, dan macam-macam lagi.
Jika anda nak cari makanan yang pelbagai, datang saja ke Medan Selera Kg Baru ini. Pasti anda akan jumpa makanan yang anda cari.
Google Map: https://goo.gl/maps/9JWRgpJanwmMj1pW7
#10 Restoran Dara Tomyam Seafood

Okay seterusnya tempat makan best di Bentong ialah Restoran Dara Tomyam Seafood. Restoran ini terletak di Taman Sri Siantan, Bentong.
Jika anda dari Kuala Lumpur, selepas sahaja keluar Tol Bentong anda akan melalui restoran ini sebelum sampai bandar Bentong. Restoran ini di sebelah kanan berdekatan dengan Madrasah Tahfiz Al-Furqan.
Apa yang special di sini?
Pelbagai masakan panas disediakan di sini. Segala jenis masakan tomyam yang sedap. Siakap tiga rasa viral, masakan blackpepper, tomyam, sup, dan banyak lagi.
Apa jenis makanan Thailand yang anda nak pasti ada di sini.
Sarapan pagi juga disediakan di sini. Ada menu baru iaitu roti sarang burung disediakan. Jika anda nak bersarapan di sini ianya dibuka sehingga 11.30 pagi.
Waze/Map: https://goo.gl/maps/RSp5zVzoNypa41Ma6
#11 Restoran Najath

Okay lepas ni kita nak ke Restoran Najath. Salah satu lagi tempat makan best di Bentong.
Restoran Najath ini terletak di Taman Sri Siantan, Bentong. Jika anda masuk ke Taman Sri Siantan, anda akan nampak Restoran Najath ini di sebelah kiri.

Di sini yang special ialah Nasi Briyani, Nasi Lemak, dan Mee Goreng Mamak.
Jika anda peminat bola sepak, Restoran Najath ini adalah tempat yang paling sesuai. Port untuk tonton bola beramai-ramai.
Google Map: https://goo.gl/maps/xuJSKYmy1P5Umzrh8
#12 Nasi Lemak Pakcu
Okay seterusnya tempat makan best di Bentong ialah Kedai Nasi Lemak Pakcu. Ianya terletak di Sungai Marong, Bentong.

Apa yang bestnya Kedai Nasi Lemak Pakcu ini berada di tepi sungai. Jika anda masuk ke Sungai Marong, anda akan melalui jambatan. Selepas jambatan itu anda akan nampak Kedai Pakcu di sebelah kiri.
Di sini syok sebab anda boleh menikmati udara free air sambil menikmati nasi lemak di tepi sungai. Pastinya feel yang sungguh menenangkan.
Selain nasi lemak, ada juga menu-menu lain seperti mee goreng. Menu di sini agak simple. Tapi cukup sedap.
Kedai Nasi Lemak Pakcu ini hanya dibuka pada waktu malam. Dalam pukul 7 petang macam tu, anda boleh nampak kedai ini sudah dibuka.
Google Map: https://goo.gl/maps/phiKdZCb9PyoCkoS7
#13 Gerai Billboard Corner
Seterusnya tempat makan best di Bentong ialah gerai Billboard Corner. Gerai Billboard Corner ini terletak di persimpangan trafik light Sungai Marong.
CV panggil gerai Billboard sebab gerai-gerai ini terletak di belakang billboard besar di Bentong.

Di sini terdapat beberapa gerai kecil yang best. Ada macam-macam gerai seperti gerai pisang goreng, gerai kuih-muih, gerai mee sup, dan sebagainya.
Jika anda ingin datang minum petang-petang, Gerai Billboard ini tempat yang sesuai.
Di sini macam foodcourt sikit. Anda beli di gerai, dan duduk di mana-mana anda suka. Anda bebas untuk duduk di mana sahaja.
Google Map: https://goo.gl/maps/wMnL4G23pFLYiQ6Q7
#14 Nasi Ayam Hamid

Okay seterusnya kita nak ke Nasi Ayam Hamid. Restoran ini terletak di bandar Bentong.
Jika nak pergi ke restoran ini, anda akan berjumpa dengan TF Bentong. Restoran ini dicelah lorong berdekatan pintu belakang TF Bentong.
Restoran ini memang legend. Nasi ayamnya sedap. Berbaloilah jika nak rasa nak ayam yang power.

Restoran Nasi Ayam Hamid ini adalah antara restoran yang sudah lama di Bentong. Dari CV kecik lagi dah ada restoran ini.
Bagi CV rasanya memang sedap sebab CV peminat nasi ayam. hehehe. Jadi sebab tu Nasi Ayam Hamid ni jadi salah satu tempat makan best di Bentong.
Buat peminat nasi ayam boleh lah try ke Restoran Nasi Ayam Hamid.
Google Map: https://goo.gl/maps/tybFw6hz6ix4AasR9
#15 ABC One Corner

Seterusnya tempat makan best di Bentong ialah ABC One Corner. ABC One Corner ini terletak di Bentong Prima, Bentong.
Apa yang special di sini?
ABC One Corner ini ada menu cendol aiskrim yang sedap. Jika anda meminati cendol, boleh lah cuba di ABC One Corner.
Selain cendol aiskrim, di sini ada masakan Thailand yang best seperti Maggi Kerabu Thai, Mee Rebus Special, Nasi Goreng ABC, dan macam-macam lagi.
Pelbagai menu yang pasti tidak akan menghampakan anda. Buat peminat masakan Thai, jom cuba di ABC One Corner!
Google Map: https://goo.gl/maps/UR1ic9iY5iC9uLfG7
Penutup – Tempat Makan Best di Bentong
Begitulah 15 tempat makan best di Bentong yang dapat CV kongsikan.
Buat anda yang mencari tempat makan best di Bentong boleh cuba di restoran-restoran yang sudah CV kongsikan tersebut.
Jika anda mempunyai tempat makan best yang lain untuk dicadangkan, boleh bagitau CV, CV akan update lagi list ini untuk akan datang.
Sekian dahulu untuk kali ini. Jumpa lagi!
Baca juga: Bukit Tinggi Pahang