#1ST Review Concorde Hotel Shah Alam
Hari ni CV nak mengajak anda ke Concorde Hotel Shah Alam. CV nak bagi review sikit tentang Concorde Hotel Shah Alam ini.
CV dan isteri bersama 3 anak soleh-solehah ni pun ikut sekali. Mulanya kami takde plan pun nak pergi bercuti. Tiba-tiba masa nak balik dari beraya di kampung iaitu Melaka dan Bentong, kami cari hotel untuk transit semalaman sebelum balik ke Sungai Buloh.
Tempah tiket hotel
Mulanya kami search di booking.com harganya dalam Rm 180+. Kami search di Traveloka harganya Rm 170 untuk semalam. Jadi disitulah kami terus tempah Concorde Hotel Shah Alam ini.
Traveloka ni bagusnya harga dia lebih murah berbanding yang lain. Harga yang dipaparkan juga adalah harga keseluruhan. Kalau guna booking.com kena hati2 sikit. Ada lagi cas yang dikenakan lepas klik price breakdown.
Bagi saya harga Rm 170 untuk satu malam agak berpatutan. Bilik selesa dan kelengkapan lengkap.
Perjalanan ke Hotel Concorde Shah alam
Kami bergerak dari Bentong ke Shah Alam lebih kurang 1 jam 20 minit. Masa tu hari Jumaat. Sampai di Shah Alam terus tuju ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu Masjid Negeri Selangor. Antara masjid tercantik di Malaysia.
Lepas solat Jumaat kami terus ke Concorde Hotel Shah Alam untuk check in. Parking disediakan secara percuma untuk pelawat hotel. Hanya perlu ambil pas dan cop di kaunter.
Check in bilik
Lepas dapat access card kami terus ke bilik. Nak masuk bilik, ada sedikit masalah iaitu tak lepas buka pintu sebab pekerja hotel salah setting access card. Alhamdulillah masa tu ada cleaner hotel, kami minta dia bukakan pintu. Selesai masalah.
Kami tak kisah sangat sebab kami bukan nak keluar masuk bilik. Banyak duduk dalam bilik saja. Masa turun solat Subuh esok paginya baru turun ke kaunter semula untuk setting balik access card.
Kemudahan dalam bilik
Kitorang pilih bilik Deluxe Double Room. Ini pun dah cukup untuk kami berlima sebab anak-anak masih kecil. Boleh je tidur mana-mana.

Masuk-masuk je tengok bath tub. Bath tub okay tak? Okay ngam! Yang tu paling utama.hehe. Tak sampai berapa minit, terjun bath tub dulu. Memang syok.
Bath tub oklah, selesa. Walaupun saluran air keluar bath tub tu agak slow, tapi okaylah. Mungkin sebab dah lama kot. Dia lambat nak keluar air tu. Macam tersumbat sikit.

Overall keadaan dalam bilik memang bersih dan selesa. Semua kelengkapan lengkap. Ada air minuman, nescafe, crimer, sugar, sabun, syampu, ubat gigi, berus gigi, iron, iron board, dan lain-lain. Boleh kata lengkap lah untuk datang dengan tangan kosong.
Aircond pula bagi CV dah sejuk dah. Tapi orang rumah CV kata agak panas. Darah kitorang lain sikit kot.hehe. Jika anda suka sejuk, mungkin agak panas rasanya. Kalau tak suka sejuk sangat, CV rasa dah selesa sangat aircond dia.
Dalam bilik ni ada meja kerja. Jadi syoklah sebab kami bawa laptop. Boleh tengok cerita. Tapi bila kanak-kanak ni dah ada, memang kartun jelah mengadapnya.

Yang paling best WiFi nya memang laju. CV kasi 10 bintang. Memang tip top. Nak buat kerja best. Nak tengok cite pun best. Sangat puas hati.
Swimming pool
Pagi esoknya kami bercadang nak berenang di kolam renang. Buka pukul 9 pagi. Dari pagi lagi kanak-kanak di dah tak sabar.

Tapi ada cerita sedih sikitlah. Kami lupa nak bawa baju renang. Hanya pakai baju t-shirt biasa. Percutian tak dirancang kan.
Jadinya masa turun di kolam renang, pekerja hotel tak benarkan mandi. Kena buka baju atau hanya baju jenis jersi saja dibenarkan.
Anak-anak ni 2 orang perempuan. Takkan tak berbaju pulak kan. Dah pujuk-pujuk pekerja pun tak benarkan juga. Jadi kami balik ke bilik dengan hampa. Nak marah pun ada.
Yelah kesian anak-anak teringin nak mandi swimming pool tapi tak dapat. Bukan kitorang je, ada juga family lain yang nak mandi swimming pool tak dapat sebab tak bawa baju renang.
Datang jauh-jauh tapi kecewa sebab anak-anak tak happy. Dekat area situ takde pulak baju renang dijual. Jadi takde pilihan selain pulang ke bilik.
Last-last masuk bilik terjun bath tub. Puas hati berendam dari pagi sampai tengahari. Seronok kanak-kanak ni mandi.
Checkout
Nak dekat tengahari kami pun siap-siap untuk checkout. Urusan checkout sekejap je. Tak sampai 5 minit settle.
Kami pun terus bergerak balik. Lepas ni nak sambung beraya lagi. Mood beraya tak habis lagi ni.hehe
Penutup
Begitulah sedikit review tentang Concorde Hotel Shah Alam. Overall CV bagi 4.85 bintang untuk hotel ini.
Kalau access card okay, dan pekerja hotel boleh toleransi bagi anak-anak mandi swimming pool tanpa baju renang mungkin boleh dapat 5 bintang. 😄
Jadi sesiapa nak datang sini pastikan bawa baju renang siap-siap ye. Kalau ada baje jenis jersi atau ready untuk tak berbaju takde masalah lah.
Okay itu saja review tentang Concorde Hotel Shah Alam. Sesiapa yang teringin nak datang ke Concorde Hotel Shah Alam ni boleh datang tanpa ragu-ragu. Pasti anda akan berpuas hati.
Okay itu saja review kali ini. Jika ada kesempatan CV akan review hotel yang lain pula. Jumpa lagi!
One Comment