Dari Sungai Buloh Ke Kuantan | Terkejut rate parking stesen MRT Sungai Buloh.
Sabtu baru-baru ni, saja-sajalah bawa anak-anak balik ke kampung naik bas. Sebelum tu naiklah MRT. Nak cerita lah tentang rate parking stesen MRT Sungai Buloh.
Nak merasai pengalaman menaiki bas ke kampung. Sejak beli kereta ni, tak pernah bawa diorang naik bas. Yang pernah naik bas hanya anak sulong. Masa tu takde kereta lagi. Hanya ada motor ke hulu ke hilir.
Bila dah ada kereta ni, dah takde naik bas lagi. Jadi yang kecik-kecik ni teringin nak naik bas. Jadi kita bawalah.
Perjalanan bermula dari rumah ke stesen MRT Sungai Buloh.

Kami cadang nak parking di stesen MRT. Di situ ada parking untuk kereta. Namun awas, rate parking Stesen MRT Sungai Buloh ini agak mahal. Kami ingatkan belas-belas ringgit je, rupanya hampir RM 40 untuk parking selama 1 hari setengah.
Rate parking Stesen MRT Sungai Buloh
MRT User: RM 4.30/day
Non-MRT User: RM 3.30/hour
Maximum: RM 16
Saya tak tahu macam mana kiraan dia. Saya parking pada hari sabtu lebih kurang pukul 9.00 pagi sampai hari ahad pukul 7.00 petang, total parking RM 37.70. Agak terkejut juga harga dia. Katanya kiraan Rm 4.30/day tu jika keluar pada hari yang sama sebelum pukul 12 malam. Selepas itu akan dikira RM 16/day. Dan next hour akan dikira RM 3.30/hour.
Lebih kurang begitulah.
Okey habis bab parking kereta. Selepas itu kami menaiki MRT. Mula-mula kami terus ke kaunter untuk beli token. Lepas dah beli token baru tanya pasal touch n go. Rupanya jika guna touch n go boleh terus sahaja guna. Hanya perlu topup touch n go sahaja.
Jadi kami dah beli 3 token. Jadi terpaksa lah guna sahaja token. Kami nak ke Kuantan, jadi kami perlu pergi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Beli je terus direct ke sana. Jadi senang hanya guna 1 token sampai ke destinasi.
Rate harga MRT ke TBS
Harga untuk dewasa & kanak-kanak 6 tahun ke atas:
1 token: RM 4.80

Perjalanan naik MRT memang seronok. Anak-anak teruja sebab first time naik MRT. Cuma yang agak memenatkan kena banyak kali tukar platform dan train. Ada train yang rosak, jadi agak confuse mana satu route yang betul. Saya ringkaskan sikit perjalanan MRT dari Sungai Buloh ke TBS kali ni.
MRT
Dari MRT Sungai Buloh ke Kwasa Damasansara (Sampai sini tukar platform 1)
Dari MRT Kwasa Damansara ke Merdeka (Sampai sini tukar naik LRT)
LRT
Dari LRT Plaza Rakyat ke LRT Hang Tuah (Sampai sini tukar platform)
Dari LRT Hang Tuah ke LRT Bandar Tasik Selatan (Sampai TBS)
Nampak simple kan?
Tapi nak tukar-tukar tu, agak pening jugak.
Jadi nak selamat, tanyalah petugas-petugas LRT di sana nanti.
Okay sampai TBS, terus ke kaunter tukar boarding pass sebab dah beli tiket online.
Urusan sangat mudah di TBS.
Dapat tiket, tunggu sekejap, dah boleh naik bas.
Kami tempah bas di tingkat atas. Depan sekali.
Memang seronok sangat anak-anak ni.
Dapat tengok jalan.
Tapi tak sampai berapa minit dah lelap semua.
Penat agaknya berjalan jauh dekat MRT dan LRT tadi.
Lebih kurang 4 jam perjalanan dari TBS ke Kuantan. Perjalanan sangat lancar. Hanya ada beberapa tempat trafik sesak seperti biasa.
Sampai Kuantan, dah ada orang standby jemput. Jadi senanglah. Dari Terminal Sentral Kuantan terus balik kampung di Aspa Cottage. Kalau rasa nak pergi Kuantan, boleh cari tempat makan best di Kuantan kat sini.
Kesimpulan
Jadi begitulah serba sedikit pengalaman menaiki bas dari Sungai Buloh ke Kuantan.
Perjalanan yang memberi cukup pengalaman dan pengajaran.
Alhamdulillah..
Semua perjalanan dimudahkan seperti dirancang.
Cuma dapat pengajaran yang amat besar dengan rate parking Stesen MRT Sungai Buloh.
Lain kali siapa nak tinggalkan kereta di MRT, saya sarankan lebih baik naik grab sahaja.
Lebih jimat dan mudah.
Bagi saya kadar parking sangat diluar jangkaan.
Namun apapun ia memberi pengajaran yang bermakna buat kami.
Okey itu sahaja coretan kali ini. Semoga ianya bermanfaat untuk anda. Jumpa lagi!