#1st Review Green Inn Padang Besar
Hari ni CV nak kongsi cerita menginap di Green Inn Padang Besar. Inilah review yang kedua tentang hotel di blog CV ni. Review pertama tentang Concorde Hotel Shah Alam.
Baru-baru CV dengan family pergi menghantar sepupu ke rumah mertua di Alor Setar, Kedah. Lepas sahaja selesai kenduri kami beraya pula di Bukit Choras, Kedah.
Lepas tu kami plan nak beraya lagi sebuah rumah. Tetapi waktu tu dah lewat malam. Jadi kami pun cari hotel untuk menginap.
Mulanya plan malam tu nak berjalan-jalan dulu ke Padang Besar. Orang kata ada jual macam-macam lah kat situ.
Jadi kami pun pergi sampai ke Padang Besar. Sebelum nak sampai tu jumpa pondok pengawal polis, diorang kata tempat dah tutup pukul 7 malam. Esoknya baru buka semula pukul 10 pagi.
Lepas itulah kami terjumpa Green Inn ini. Kami bermalam di sini satu malam.
Perjalanan menuju ke Green Inn.
Mulanya kami dicadangkan oleh pengawal di pondok polis menginap di Motel berhampiran UNIMAP Sungai Chuchuh.
Apabila kami sampai di hotel tersebut mereka kata dah penuh. Jadi mereka cadang untuk ke Green Inn.
Jadi kami terus ke Green Inn. Rupanya dalam OYO pun ada Green Inn ni. Kami direct call mereka.
Green Inn ni dalam kawasan kampung. Jalan nak masuk dia sempit sikit. Tapi senang nak jumpa dari trafik light.
Check In Hotel
Bila sampai kami jumpa dengan pengurusan hotel. Green Inn ni dia nak kata hotel tak juga. Boleh kata motel lah. Ada 3 tingkat dan ada 6 bilik tak silap. Sewa bilik Rm 90, deposit Rm 50. Jadi total Rm 140.
Lepas bayar terus dapat kunci. Urusan tak sampai 5 minit.
Kemudahan Dalam Bilik
Bila dapat kunci kami terus masuk bilik. Dapat bilik kat bawah Alhamdulillah syukur. Penat-penat drive dapat bilik bawah memang heaven.
Masuk-masuk je perkara pertama kami tuju ialah cas phone. Dari pagi tak cas phone sampai malam.
Bila nak cas sahaja tetiba elektrik tertendang. Habis terpadam semua. Maybe charger CV problem kot. Terpaksa kami call pengurusan untuk on semula. Dalam 3 minit macam tu settle.
Keadaan bilik bersih dan kemas. Ada singki dalam bilik yang mudahkan nak basuh dan sebagainya.
Kelengkapan di sini agak lengkap. Ada peti sejuk, iron board, iron, instant coffee, rak baju, rak tuala, tuala, dan alatan mandi.
Mudahlah jika nak datang tanpa persediaan. Boleh gunakan kelengkapan yang ada.
Dalam bilik ini lengkap aircond. Aircond memang sejuk dan terbaik. Memang puas hati.
Selain tu ada meja untuk kerja. Memang best sebab boleh buat kerja sekejap menggunakan laptop.
Wi-Fi di sini juga disediakan dan agak laju. CV kasi saploh bintang. Wi-Fi dia memang puas hati. Sempatlah juga CV meyoutube dengan senang hati.
Suasana Di Green Inn Padang Besar
Esoknya CV keluar pagi untuk hirup udara segar. Memang syok. Udaranya sangat segar.
Macam dekat kampung gitu. Tenang sahaja di sini. Bunyi ayam berkokok. Bunyi cengkerik. Sunyi dan hening pagi cukup menenangkan.
Hilanglah sekejap serabut hidup di kota. Ada pula buaian yang mengasyikkan. Tenang sungguh.
Di sini juga ada jualan barangan Thai. Kalau rasa tak sabar nak ke Pasar Padang Besar, boleh membeli di Green Inn ini.
Ada jualan kekacang, jualan toto, jualan alas tidur, dan sebagainya.
Check Out Hotel
Di sini checkout pukul 12 tengahari. Waktu ni sesuailah kalau checkout terus ke Pasar Padang Besar. Pasar tu pukul 10 dah dibuka.
Rating Green Inn Padang Besar
Untuk Green In Padang Besar CV bagi 4.9 daripada 5. CV agak puas hati di sini. Walaupun dia tak macam hotel tapi biliknya kemas dan bersih.
CV sangat puas hati dan rekemen untuk sesiapa nak menginap di sini.
Penutup
Begitulah sedikit review CV tentang Green Inn Padang Besar. Lepas ni CV nak ke Pasar Padang Besar pula.
Jika anda berminat untuk review CV hotel lain boleh komen di bawah ya. Ada kesempatan CV akan ke sana in Shaa Allah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jumpa lagi !