15 Tempat Makan Best Di Kuantan | No #5 Memang Padu!
Kuantan adalah ibu negeri Pahang. Sebuah bandar yang aman dan damai. Kenderaan tak tidak terlalu sesak. Sungguh menenangkan.
Hari ni CV nak bawa anda semua berjalan-jalan di Kuantan. Kita nak cari tempat makan best di Kuantan. Nak ikut cari kedai makan Kuantan ?
Okay jom kita terjah!
#1 Restoran Bombay

Pertama ialah kita nak pergi Restoran Bombay. Ianya terletak di bandar Kuantan berdekatan Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan.
Restoran Bombay jadi pilihan pertama sebagai tempat makan best di Kuantan kerana layanan yang terbaik oleh pekerja di sana.
Selain makanannya sedap dan kena dengan tekak orang Malaysia, perkhidmatannya sungguh cepat dan pantas. Kebersihan juga di tahap memuaskan. Maka ia tak salah menjadi pilihan pertama.
Alamat: 71, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
No Telefon: 09-5131945
Map: https://goo.gl/maps/xPZZ4UBKztZ2TKCu7
#2 Port Kawan

Tempat makan best di Kuantan yang kedua ialah Port Kawan. Ianya terletak di Sungai Karang iaitu berhampiran dengan Balok, Kuantan.
Port Kawan ini dibuka pada sebelah malam. Apa yang best di sini ialah makanan westernnya yang sedap. Suasana di sini juga aman dan damai.
Ada juga taman permainan kanak-kanak disediakan. Sambil mak ayah makan, anak-anak boleh bermain di tepi dengan gembiranya.
Alamat: Lot 3106, Kampung Sungai Karang Darat, 26100 Kuantan, Pahang
No Telefon: 019-983 3934
Map: https://g.page/portkawan?share
#3 Watak Kopi

Ok seterusnya kita nak pergi pula ke Watak Kopi. Ini satu lagi tempat makan best di Kuantan. Ianya terletak di bandar Kuantan berdekatan Sungai Kuantan.
Apa yang best di Watak Kopi ini adalah suasana retro di restoran ini. Anda boleh lihat design ala-ala kedai kopi zaman P.Ramlee dahulu.
Menu yang special di sini ialah kopi yang dibancuh fresh oleh barista. Makanannya pula ialah roti bakar beserta telur. Memang membuka selera jika bersarapan di sini.
Kalau dah sampai kedai makan Kuantan tak singgah Watak Kopi memang rugi. hehe
Alamat: 45N-7, Bangunan PKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
No Telefon: 017-985 8296
Map: https://goo.gl/maps/xWLvQhTUjpWghk9WA
#4 Restoran Nasi Vanggey

Seterusnya kita akan pergi ke Restoran Nasi Vanggey. Satu lagi tempat makan best di Kuantan!
Restoran Vanggey ada banyak cawangan. CV nak cerita Restoran Nasi Vanggey yang terletak di Indera Mahkota.
Makanan di sini agak sedap. Yang special di sini ialah pelbagai jenis pilihan makanan ada. Ada nasi kandar, rojak, roti canai, dan macam-macam lagi.
Kalau anda tengah cari makan tengahari di Kuantan dan nak rasa makanan mamak yang awesome boleh datang ke sini. Ini adalah satu port kedai makan Kuantan yang best.
Alamat: Lot B & Lot D, One Suria,, Jalan Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
No Telefon: 09-5729778
Map: https://goo.gl/maps/TKZ7yt4WL8FV5TxN8
#5 Mustafa Cendol

Okay! Seterusnya kita nak ke mana?
Tempat makan best di Kuantan yang seterusnya ialah Mustafa Cendol !
Aduh, dengar namanya sahaja sudah terbayang cendol dengan penuh lemak berkrim itu. Bayangkan di tengah panas dapat minum cendol sejuk tu, peh sungguh mengasyikkan.

Di Mustafa Cendol ini yang specialnya ialah cendol campur aiskrim. Buat peminat cendol pastikan cuba cendol aiskrim ni ya, jika tak jangan menangis lah bila balik nanti. Pasti pekena dulu baru tau penangannya.

Selain tu, ada juga rojak pasembor di sini. Rasanya memang sedap , ori Penang mai. Memang terbaik rojak pasembor depa.
Alamat: Lot 9744, Jalan Teluk Sisek, Taman Selamat, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Tutup 7 malam
Alamat: Lot 9744, Jalan Teluk Sisek, Taman Selamat, 25000 Kuantan, Pahang
No Telefon: 09-5177786
Map: https://goo.gl/maps/oy7yo7Kcjkp6ebW97
#6 Kula Cakes

Lepas dah pekena pasembor sama cendol, kita nak cari pemanis mulut pulak. Jom kita ke Kula Cakes!
Kula Cakes ini terletak di bandar Kuantan. Ianya tak jauh dengan Watak Kopi.
Apa yang special di sini ialah pelbagai jenis kek disediakan di sini. Semuanya buatan Muslim.

CV paling suka Mango Cheese Cake. Rasanya memang sedap dan tak jumpa di tempat lain. Memang rasanya unik hanya di Kula Cakes.
Selain rasanya yang sedap, harganya sangat berpatutan. Sangat berbaloi jika lepas anda makan tengahari di Kuantan dan cari pencuci mulut, jadi nak makan manis-manisan di sini. Anda boleh ke alamat di bawah.
Alamat: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 11 pagi – 5 ptg
Alamat: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
No Telefon: 017-971 1396
Map: https://g.page/kulacakes?share
#7 Ana Ikan Bakar Petai

Seterusnya tempat makan best di Kuantan yang kita akan pergi ialah Ana Ikan Bakar Petai. Ia terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan.
Pernah anda nama restoran ini? Pasti pernah bukan. Ya! Ana Ikan Bakar Petai adalah sebuah restoran yang femes di Kuantan.
Apa yang special di sini ialah pelbagai jenis ikan bakar di sediakan. Ada boleh pilih saja jenis mana yang menjadi kesukaan.

Rasanya juga sedap dan harga berpatutan. Jadi tak hairan restoran ini selalu penuh.
Jika anda nak datang ramai-ramai, lebih baik tempah terlebih dahulu meja nanti ya. Taklah kena menunggu meja kosong untuk makan.
Kalau anda mencari kedai makan Kuantan, wajib singgah sini tau. Pasti anda tak rasa rugi in shaa Allah.
Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang
No Telefon: 019-987 8155
Map: https://goo.gl/maps/p93hY1fyGZyVgvef9
#8 Tempat Makan Best di Kuantan – Jaman Tory Resepi

Baik seterusnya kita nak ke Indera Mahkota, Kuantan. Apa yang ada di sini? Disini tersembunyi sebuah restoran yang bernama Jaman Tory Resipi!
Dengar nama macam old school kan? Macam retro gitu.
Sebenarnya di sini ada hidangan istimewa iaitu ikan patin tempoyak. Pehh meleleh air liur admin bila teringat ikan patin tempoyak.
Pelbagai jenis makan ikan patin ada di sini. gulai tempoyak ada, pais patin ada, dan macam-macam lagi.
Walaupun restoran agak tersembunyi, tetapi pengunjung tetap ramai. Ada juga disediakan surau dihadapan restoran untuk memudahkan solat.
Kalau bulan puasa jangan datang terus ya. Pastikan tempah meja terlebih dahulu. Jika tak, take away saja nanti.hehe. Restoran boleh dikatakan sebagai kedai makan Kuantan yang sangat popular.
Anda bukan sahaja boleh makan tengahari di Kuantan ni, boleh juga datang untuk makan malam. Memang syok. Jom terjah di alamat di bawah.
Alamat: Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 12 tghari – 11 mlm
No Telefon: 019-998 8212
Map: https://goo.gl/maps/B1gGtD3QT5EDSi2b7
#9 Sara Thai Kitchen

Baiklah, lepas ni kita nak pergi ke Sara Thai Kitchen. Satu lagi tempat makan best di Kuantan.
Sara Thai Kitchen ada 2 cawangan yang femes. Satu di bandar Kuantan. Dan satu lagi di Balok, Kuantan.
Kedua-duanya tempat sangat terbaik servisnya. Makanannya sedap dan layanannya sangat bagus.
Makanan yang special di sini ialah masakan Thailand yang pelbagai jenis. Jika ada peminat masakan Thai boleh datang ke sini.
Ada juga hidangan unik. Jika di cawangan bandar Kuantan, ada hidangan pulut durian. Sambil menunggu nasi, boleh pekena dulu pulut durian buat pembuka selera.
Alamat: B42 tingkat bawah, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang
No Telefon: 012-9379322
Map: https://goo.gl/maps/You7gJcRMdhs5N2p8
#10 Nasi Kukus My Mama

Tempat makan best di Kuantan yang seterusnya ialah Nasi Kukus My Mama. Ia mempunyai banyak cawangan di Kuantan.
Antara cawangannya ialah di Bukit Sekilau, Kuantan dan Gambang, Kuantan.
Restoran ini berkonsepkan francais. Perkhidmatannya cepat dan pantas.
Datang sana pilih- pilih nak apa, terus siap. Macam restoran makanan segera gitu.

Rasanya juga sedap. CV suka nasi kukus lauk ayam goreng berempah. Memang puas hati makan.
Portion nya banyak dan harga sangat berpatutan. Boleh datang jika anda nak cuba nasi kukus yang awesome! CV kalau cari makan tengahari di Kuantan, memang Nasi Kukus Mama inilah jadi pilihan. CV selalu pergi yang di sini.
Alamat: Perkampungan Bukit Ubi, 25200 Kuantan, Pahang
No Telefon: 09-5137769
Map: https://goo.gl/maps/oNbBqeuvNFaPT2rH9
#11 Terminal Satay Zul

Okay seterusnya kita pergi pula ke Terminal Satay Zul. Ianya terletak di Jalan Telok Sisek, Kuantan.
Apa yang special di sini?
Sudah tentulah satay. Servis di sini agak laju dan rasanya juga sedap.
Jika anda peminat satay, pastikan tak terlepas untuk mencuba satay di sini. Ia adalah port kedai makan Kuantan yang popular.
Alamat: A-2600, Lorong Alor Akar, Kampung Alor Akar, 25250 Kuantan, Pahang
No Telefon: 012-933 4799
Map: https://g.page/restoran-satay-zul?share
#12 Restoran Mabiq

Tempat makan best di Kuantan yang seterusnya ialah Restoran Mabiq. Ia terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan.
Restoran Mabiq ini adalah sebuah restoran milik Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran (MaBIQ). Ianya adalah satu restoran yang membantu dana untuk Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran (MaBIQ).
Jika ada ingin mencari kedai makan Kuantan sambil beramal, jemput datang ke Restoran Mabiq. Makanannya terjamin bersih dan rasanya juga sedap.
Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Sangat sesuai untuk anda yang ingin mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
Alamat: RESTORAN MABIQ, 2, Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang
No Telefon: 016-953 5699
Map: https://goo.gl/maps/LbcwkPWKAj8vCC4V6
#13 Restoran Akob Patin House – kedai makan Kuantan

Okay. Lepas dah berjalan ke sana-sini. Lepas ni kita nak ke Restoran Akob Patin House. Ia terletak di bandar Kuantan.
Makanan yang special di sini ialah ikan Patin. Ya ikan patin lagi. Namanya pun Pahang kan. Pasti banyak ikan patin.

Makanan di sini agak sedap dan harga juga agak berpatutan. Jika anda datang ke bandar Kuantan, boleh lah singgah di Restoran Akob Patin House ini untuk menjamu selera.
Alamat: a2, Lorong Haji Abdul Rahman 1, 25000 Kuantan, Pahang
No Telefon: 013-931 2709
Map: https://goo.gl/maps/6Q8iASPLMKsV9bgaA
#14 Restoran Zam Zam

Okay lepas dah puas makan makanan Malaysia, kita nak cari makanan Arab pulak.
Jom kita ke Restoran Zam Zam. Restoran Zam Zam ini adalah restoran nasi Arab.
Sudah beberapa kali juga admin pergi makan di sini. Layanannya sungguh bagus dan makanannya sungguh lazat.
Yang special nya harganya sangat murah. Memang puas hati makan di sini dengan kadar yang secukupnya. Lepas bershopping di East Cost Mall, nak cari makan tengahari di Kuantan boleh lah ke Restoran Zam Zam ini.
Alamat: 46, Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25000 Kuantan, Pahang
No Telefon: 017-230 4140
Map: https://goo.gl/maps/AuTKwKC22jYNzbuB7
#15 Selera Mangkuk Patin Tok Wan

Last but not least. Selera Mangkuk Patin Tok Wan. Inilah tempat makan best di Kuantan yang seterusnya.
Patin lagi? Ya memang patin lagi. Memang saja admin masukkan di sini sebab baru lagi admin pergi makan di sini. Memang puas hati.
Selera Mangkuk Patin Tok Wan ini terletak di Indera Mahkota 5, Kuantan. Jika nak cari, cari Bank Rakyat IM 5. Berhampiran dengan Bank Rakyat lah restoran ini.
Makanan di sini memang padu. Ikan patin tempoyaknya sungguh pekat. Dihidang pula panas-panas menggunakan claypot.
Bila sampai je meja makan, anda boleh tengok gulai ikan masih menggelegak di dalam mangkuk. Rasanya sangat sedap dan lazat. Sampai licin admin sapu.
Harganya juga berpatutan. Ada set makanan yang anda boleh pilih mengikut selera anda. Selain patin, ada juga asam pedas, dan pais ikan patin.
Alamat: 53-59, Lorong IM 5/2, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Map: https://goo.gl/maps/xRkgAkz4TLgPd9kAA
Penutup
Begitulah 15 tempat makan best di Kuantan yang boleh CV kongsikan. Banyak lagi restoran lain yang ada yang tak dapat CV senaraikan semua.
Baca juga: Tempat Makan Best di Shah Alam
In Shaa Allah jika ada kesempatan CV akan senaraikan lagi. Jika anda nak cadangkan kedai makan Kuantan boleh hubungi admin ya ;). Sekian, babai!
3 Comments