Tempat Menarik di Temerloh

7 Tempat Menarik di Temerloh [2025] | Memang Best!

Hari ni CV nak bawa anda berjalan-jalan ke Temerloh. Apa tempat menarik di Temerloh ya?

Jika cakap pasal Temerloh, pasti terbayang-bayang dalam fikiran tentang ikan patin Temerloh kan? Sebenarnya banyak tempat menarik di Temerloh yang boleh anda lawati. Jom CV bawakan satu persatu ke sana.

#1 Titik Tengah Semenanjung

Tempat Menarik di Temerloh

Tempat yang pertama CV nak bawakan anda ialah Titik Tengah Semenanjung. Apa yang menarik di sini? Jika anda nak tahu, tengah-tengah Semenanjung Malaysia ialah terletak di Lanchang, Temerloh.

Disebabkan kedudukan di tengah-tengah inilah jadi satu monumen telah dibina di sini. Titik ini telah dijumpai dengan menggunakan kiraan matematik dengan mencari purata koordinat tanah semenanjung.

Jadi jika anda datang ke Temerloh ini, singgahlah di Titik Tengah Semenanjung untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Terdapat juga taman permainan, landskap dan mini zoo disediakan untuk anda beriadah. Ianya pasti menjadi pengalaman yang cukup berharga buat anda.

Titik Tengah Semenanjung ini adalah tempat menarik Temerloh yang patut anda kunjungi.

Alamat:Kampung Woh, 28500 Lanchang, Pahang
Waktu Operasi:Isnin-Khamis 10am-4pm
Sabtu-Ahad 10am-5pm
Jumaat Tutup
Harga Tiket:Dewasa RM3
Kanak-kanak (3-11 tahun) RM2
OKU RM1

#2 Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Tempat Menarik di Temerloh

Tempat kedua yang menjadi tempat menarik di Temerloh adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan ini terletak di Kuala Gandah, Lanchang.

Di sini terdapat banyak gajah yang dipelihara dengan cukup baik dari segi makanan dan tempat tinggal. Anda yang ingin mendekati gajah boleh lah datang ke sini kerana anda berpeluang untuk memberi makan dan bermain-main dengan gajah.

Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan ini anda akan dapat melihat gajah bergerak bebas di kawasan berpagar. Terdapat juga dokumentari yang disediakan untuk memberi penerangan tentang penjagaan gajah di Malaysia.

Luangkan masa ketika berada di salah satu tempat menarik Temerloh ini untuk bermanja dengan ketenangan hidupan alam.

Alamat:Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Jabatan Perhilitan, Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Waktu Operasi:Setiap Hari (8.00am – 4.30pm)

#3 Deerland Park

Tempat Menarik di Temerloh

Seterusnya tempat menarik di Temerloh yang CV nak bawakan anda ialah Deerland Park. Selepas anda bermanja dengan gajah, kali ini kita bermanja pula dengan rusa.

Di Deerland Park ini, anda akan menemui pelbagai spesis rusa sama ada rusa tempatan atau spesis rusa luar negara. Bolehlah anda bermanja dengan haiwan yang jarang ditemui ini.

Selain rusa ada juga haiwan lain yang dipelihara di sini seperti beruang madu, memerang, burung unta, landak, burung merak, pelanduk, dan banyak lagi. Tak rugi datang sini. Dah macam mini zoo tau.

Di Deerland Park ini juga anda boleh menjalani perjalanan di dalam hutan yang sangat menarik. Pelbagai aktiviti disediakan di sini seperti menyumpit, meredah hutan, dan menangkap ikan yang boleh anda sertai.

Sebab itulah anda patut datang ke Deerland Park ini, ianya salah satu tempat menarik Temerloh yang menarik dan disukai oleh anak-anak.

Alamat:Deerland Park, 28500 Lanchang, Pahang
Waktu Operasi:Setiap Hari Kecuali Jumaat (11.00am – 6.00pm)

#4 Taman Tema Air Kubang Gajah

Tempat Menarik di Temerloh

Nak bagi keseronokan yang sebenar kepada anak-anak? Jom CV nak bawa anda ke tempat menarik di Temerloh yang seterusnya iaitu Taman Tema Air Kubang Gajah!

Anak-anak bila dah mandi air ni pasti seronok bukan? Di sinilah tempat yang wajib anda singgah jika ke Temerloh.

Taman Tema Air Kubang Gajah ini adalah taman tema air yang mirip seperti Sunway Lagoon. Pelbagai permainan air yang disediakan di sini untuk anak-anak bermain. Kawasan kolamnya yang luas pasti memberi keseronokan kepada anak-anak.

Harga untuk masuk ke Taman Tema Air Kubang Gajah sangatlah murah. Jadi sangat berbaloi-baloi jika anda dapat meluangkan masa bersama anak-anak di salah satu tempat menarik Temerloh ini.

Alamat:Waterpark Kubang Gajah, Taman Awam Kubang Gajah, 28000 Temerloh
Waktu Operasi:Cuti Sekolah, Cuti Umum, Sabtu & Ahad (9.00am – 7.30pm) | Hari Sekolah (2.00pm – 7.30pm) | Rabu Tutup
Bayaran Masuk:Dewasa RM10 | Kanak-kanak (2 – 12 Tahun) RM8 | Kanak-kanak (1 Tahun 11 Bulan & Kebawah) Percuma | OKU & Warga Emas RM5

#5 Pekan Sehari Temerloh

Tempat Menarik di Temerloh

Okay lepas puas bermandi-manda, CV nak bawa anda pula ke Pekan Sehari Temerloh. Aik Pekan Sehari pun termasuk dalam list tempat menarik di Temerloh?

Ya, Pekan Sehari Temerloh termasuk dalam list sebab ada keunikannya tersendiri. Bayangkan Pekan Sehari Temerlohh ini adalah pasar sehari yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Jadi pasti pelbagai barangan di jual di sini.

Mak Ayah CV jika anda kelapangan, sanggup datang dari jauh dari Bentong semata-mata nak ke Pekan Sehari Temerloh ni tau. Sungguh menjadi tarikan buat penduduk sekitar Temerloh.

Baca: 10 Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahang

Pekan Sehari Temerloh ini terletak di pesisir Jalan Lurah Semantan dan ianya tidak jauh dari Sungai Pahang. Jika anda datang sini, pasti rambang mata nak beli bermacam-macam barangan.

Peniaga-peniaga di sini juga sangat peramah. Anda boleh melakukan tawar-menawar sebelum melakukan pembayaran. Jadi tidak hairanlah Pekan Sehari ini menjadi salah satu tempat menarik Temerloh.

Alamat:Pekan Sehari Temerloh, Jalan Lurah Semantan, Temerloh
Waktu Operasi:Ahad (Dari 7.00am)

#6 Taman Rekreasi Wadi Al-Amin (Kolam Mandi Hafiz Berhala Gantang)

Tempat Menarik di Temerloh

Tempat menarik di Temerloh yang keenam ialah Taman Rekreasi Wadi Al-Amin atau dipanggil Kolam Mandi Hafiz Berhala Gantang.

Apa yang menarik di Taman Rekreasi Wadi Al-Amin ini?
Di Taman Rekreasi Wadi Al-Amin ada disediakan kolam renang yang berasingan untuk lelaki dan perempuan.

Sangat bagus bukan? Sebenarnya menurut pandangan Islam, wanita dilarang untuk mandi bersama di tempat yang terbuka. Jadi Taman Rekreasi Wadi Al-Amin adalah satu tempat yang sangat sesuai untuk wanita.

Peraturan di sini juga sangat baik kerana sesiapa yang datang ke sini harus memakai pakaian yang menutup aurat. Tidak kita lelaki atau perempuan tidak dibenarkan memakai seluar pendek.

Selain kolam renang, terdapat juga kolam memancing ikan bagi peminat aktiviti memancing. Jadi sambil-sambil tunggu anak mandi, boleh lah juga melapangkan masa dengan memancing ikan di sini.

Jadikan Kolam Al Wadi ini sebagai destinasi wajib anda apabila singgah mencari tempat menarik di Temerloh ini.

Alamat:Kolam Al Wadi ( Maahad tahfiz ), Kampung Berhala Gantang Temerloh, 28000
Waktu Operasi:Isnin Tutup (Kecuali Cuti Sekolah/ Cuti Umum) | Selasa – Jumaat (3.00pm – 6.30pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum (9.00am – 6.30pm) | Cuti Sekolah (10.00am – 6.30pm)
Bayaran Masuk:Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

#7 Kampung Stay Desa Murni

Tempat Menarik di Temerloh

Tempat menarik di Temerloh yang terakhir ialah Kampung Stay Desa Murni. Kampung Stay Desa Murni merupakan homestay yang bercirikan kampung.

Jika anda nak feeling-feeling rasa duduk kampung, Kampung Stay Desa Murni adalah tempat yang paling sesuai!

Selain rekaan homestay yang ala-ala kampung, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik disediakan di sini. Anda boleh memanjat pokok kelapa, menoreh getah, meniti jambatan gantung, dan bermacam lagi aktiviti.

Tempat Menarik di Temerloh

Pasti masa anda akan sangat sibuk dengan aktiviti yang menyeronokkan. Tenangkan fikiran dari kesibukan kota dengan hidupan yang tenang dan damai di Kampung Stay Desa Murni ini. Suasana yang nyaman ini menjadi Kampung Stay Desa Murni ini sebagai salah satu tempat menarik Temerloh.

Alamat:Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh
Tempahan:09-284 7949
Website:https://www.kampungstaydesamurni.com/

Kesimpulan – Tempat Menarik di Temerloh

Begitulah 7 tempat menarik di Temerloh yang dapat CV kongsikan. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Temerloh yang lain jika anda terokai.

Baca: Tempat Menarik di Jengka Pahang

Jika anda singgah ke Temerloh, pastikan anda tak tertinggal tempat menarik yang CV kongsikan tadi ya. Baik itu sahaja perkongsian kali ini. Jumpa lagi!

Similar Posts